Khamis, 15 Ogos 2013

KESANTUNAN BERBAHASA


DEFINISI KESANTUNAN BAHASA

"Kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan."


KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA

  • Cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang dengan penuh sopan
  • Timbang rasa yang kita berikan kepada orang yang mendengar pertuturan kita.
  • Contoh: Bahasa yang digunakan untuk menolak permintaan seseorang tanpa mengecilkan hatinya.
  • Cara sapaan lisan/ bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadap atau tidak berbudi bahasa.
  • Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.
  • Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.
  • Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.
  • Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.
  • Kesantunan berbahasa merangkumi pemilihan kata, nada, gerak laku serta gaya dan ragam.
  • Pemilihan kata mesti sesuai dengan situasi, topik perbincangan dan hubungan antara penutur dengan pendengar.
  • Nada mestilah rendah dan lembut.
  • Gerak laku haruslah lemah lembut
  • Gaya dan ragam mestilah tidak mengejek, menyindir, perli atau menempelak.
  • Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli, dan sebagainya.
  • Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.


TAKRIFAN KESANTUNAN DARIPADA TOKOH-TOKOH DUNIA

  • Perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. (Lukoff,1975: 64)
  • Usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa konflik. (Fraser dan Nolan, 1981: 96)
  • Perlakuan yang mewujudkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial (Leech, 1983: 104)
  • Kesantunan ialah usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka. (Brown&Levinson, 1987: 62)
  • Penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung (Asmah, 2000: 88)
  • Perlakuan yang diamalkan untuk membina persefahaman. (Bayraktaroglo, 1997: 5)


Takrifan lain tentang kesantunan bahasa:

  • Held- kesantunan sebagai suatu fenomena bahasa yang boleh dikaji secara empirikal menerusi pemerhatian terhadap komunikasi lisan melibatkan interaksi bersemuka antara penutur dengan pendengar.
  • Watts et.al- kesantunan ialah perlakuan bahasa yang digunakan untuk mengekalkan keseimbangan hubungan interpersonal dalam kumpulan sosial.
  • Awang Sariyan (2007)- kesantunan bahasa ialah penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya.
  • Siti Hajar Abdul Aziz (2009)- kesantunan bahasa ialah cara penggunaan kata dan ujaran secara sopan dan beradab.


RUMUSAN KONSEP KESANTUNAN

Kesantunan merupakan kata-kata atau perlakuan yang:
  • sesuai
  • tidak menimbulkan konflik
  • sentiasa menjaga air muka pendengar
  • ikhlas
  • merangkumi hubungan antara manusia dengan manusia dan manusia dengan khalik.
          Pada umumnya, bahasa yang sopan mempunyai kosa kata yang halus untuk menyampaikan sesuatu mesej atau perasaan seperti ibarat kata bijak pandai;








“Yang korik itu kendi, 

Yang merah itu saga; 

Yang baik itu budi, 

Yang indah itu bahasa.



KONSEP MUKA

Konsep Muka Goffman:

  • Muka sebagai nilai sosial yang positif yang dituntut oleh seseorang daripada pihak lain dalam sesuatu interaksi.
  • Muka ialah imej yang menggambarkan penerimaan sosial yang dikongsi apabila seseorang mempamerkan sesuatu tindakan dan perlakuan yang baik.
  • Dalam hal ini, peraturan sosial dapat dikekalkan sekiranya setiap individu menghormati hak orang lain seperti kehendaknya menjaga hak sendiri.
  • Goffman telah mengemukakan pembahagian tugas seseorang untuk menjaga muka kepada dua tugas, iaitu tanggungjawab menjaga muka sendiri dan tanggungjawab menjaga muka orang lain.
  • Bagi menunaikan tanggungjawab tersebut, setiap orang boleh bertindak dengan mengelakkan sesuatu keadaan yang mengancam muka. Antara caranya: 
          (a) Elakkan daripada terlibat dalam sesuatu topik yang akan memalukan sendiri kerana                   tidak pasti tentang topik tersebut.

          (b)Selalu membuat timbang tara bagi mengelakkan malu sendiri ataupun pihak lain.

          (c)Tarik diri dan berpura-pura tidak perasan dengan keadaan yang memalukan itu.


Konsep Muka B & L

  • Memberatkan kehendak muka individu
  • Muka ialah kehendak asas setiap individu dan kehendak tersebut turut difahami oleh pihak lain.
  • Kehendak muka positif atau kehendak muka negatif ialah kehendak asas seseorang dan berbentuk universal.

Konsep Muka Cina

  • Moa (1994) telah mengetengahkan konsep mianzi dan lian yang menjadi asas pemilihan strategi kesantunan China.
  • Gu (1988) dan Moa (1989) sependapat dengan Ide dan Matsumoto yang mendedahkan bahawa di kalangan masyarakat Timur, muka itu bukan menjadi hak individu seperti yang diperkatakan oleh B & L.
  • Mereka berpendapat bahawa muka sama ada di kalangan orang China mahupun orang Jepun menjadi identiti kumpulan sosial dan pendapat tersebut telah menolak pendapat B & L yang menekankan individualisme. 

Konsep muka dalam masyarakat Melayu

  • Muka dalam masyarakat Melayu merujuk kepada air muka (Asmah, 2000: 101)
  • Menjangkau ruang lintup melampaui masa berlangsung sesuatu perbualan.
  • Melibatkan anggota keluarga/ masyarakat.
  • Merujuk kepada hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan Tuhan.
  • Dalam sembahyang dibaca doa:
"Sesungguhnya aku menghadap wajahku (mukaku) kepada zat Allah yang menitahkan semua yang ada di langit dan di bumi dengan kecondongan hati serta menyerahkan diri."

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan tidak mengetahui."
 (al-Ruum: 30)

"Dan kepunyaan Allahlah timur dan barat, maka ke mana pun kamu menghadap, di situlah wajah Allah. Sesungguhnya, Allah maha luas (rahmat-Nya) lagi maha mengetahui." 
(al-Baqarah: 115)


MODEL KESANTUNAN BAHASA

Model Kesantunan Lakoff (1975)

  • Jangan memaksa
  • Berikan pilihan
  • Jadikan pendengar selesa

Model Kesantunan Asmah (2000)

  • Kesantunan Asas: Kesantunan yang sedia ada - sikap berbaik-baik dalam masyarakat.
  • Kesantunan Berkendala: Usaha yang dilakukan dalam sesuatu interaksi.

Kesantunan Berkendala

  • Siapa yang bercakap?
  • Apa yang dicakapkan?
  • Di mana percakapan berlaku?
  • Mengapa percakapan berlaku?
  • Bagaimana cara percakapan disampaikan?

STRATEGI KESANTUNAN ORANG MELAYU

Kategori Strategi Budiman

  • Strategi ikhlas
  • Strategi memudahkan
  • Strategi merendah diri
  • Strategi maaf

Kategori Strategi Kerjasama

  • Strategi penyelesaian
  • Strategi persetujuan
  • Strategi muafakat
  • Strategi memberi peluang

Kategori Strategi Menyenangi

Kategori Strategi Kiasan

Kategori Strategi Berhemah

Kategori Rujukan Sumber (merujuk sunah)

Kategori Strategi Ungkapan Rabbani

  • Ungkapan salam
  • Bismillah

Kategori Strategi Bukan Bahasa

  • Senyum
  • Bersalam
  • Duduk
  • Artifak

KESANTUNAN BAHASA DALAM KURIKULUM BAHASA MELAYU

Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

"Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harminis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."



CONTOH KESANTUNAN DALAM TEKS KOMSAS


Sehijau Warna Daun


(a) Perlakuan bahasa
  • Memberikan kata nasihat dalam bentuk pujukan.
"Belajarlah nak bersungguh-sungguh. Kita tidak ada harta. Pelajaranlah harta buatmu, nak."
  • Kata-kata pujian
"...Eh, masih bersih kasut kau tu! Anak yang baik macam tulah,"
  • Kata panggilan yang sesuai
"Rizal nak nasi lagi?" tanya Ramli.

"Tak nak, bang. Ijai dah kenyang," jawab adiknya membahasakan Ijai sebagai nama timang-timangan.


(b) Bukan perlakuan bahasa
  • Empati
Ramli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan.
  • Air muka/ raut wajah
...wajahnya amat manis, dengan senyuman terukir di bibirnya. Betapa ibunya berusaha benar menyembunyikan penderitaan itu di sebalik senyumannya.
  • Menunjukkan sikap bertanggungjawab
Rizal, adiknya yang tengah, berulang-ulang kali mengangkat pinggan nasinya untuk melihat kiranya ada nasi yang bertaburan di atas lantai.


Kerusi

  • "Tapi hakikatnya kita tetap berbeza Jun. Setidak-tidaknya kau guru tetap, lepasan maktab."
  • "Jun tak suka Fuad merendah diri begitu. Jadilah seorang laki-laki yang berani dan Jun akan mengagumi keberanian itu."
  • "Aku memang selalu cuba jadi berani, Jun. Kalau aku tak berani, aku tak akan berdepan dengan kau sekarang, anak majikan aku sendiri."
  • Senyum Junainah mekar dan segar.
  • "Ya, Allah, pandulah saya menghadapi musibah ini," 
  • "Insya Allah, saya akan datang!"
  • "Tak mengapa, nak. Engkau sudah sedar, kesatkan air matamu. Lupakan tragedi tu. Tidak ada sebesar huma pun rasa dendam di dalam jiwa saya, nak."

KONSEP PENJAGAAN MUKA SEBAGAI ASAS KESANTUNAN

  • Merujuk kepada air muka
  • Berkait rapat dengan maruah diri.
  • Terdapat pelbagai peribahasa yang berkaitan dengan muka seperti muka tembok, muka papan dan sebagainya. Ini menunjukkan orang Melayu mementingkan malu dan air muka.
  • Sesuatu perlakuan yang buruk yang mendatangkan malu akan menjejaskan imej sendiri dan juga keluarga.
  • Sewaktu berinteraksi, orang Melayu ditegah menghina dan merendah-rendahkan peribadi seseorang.
  • Penggunaan bahasa dan perkataan yang keluar dari bibir hendaklah santun, tidak mengandungi unsur-unsur yang memalukan diri, keluarga dan pihak lain walaupun yang dihujah itu benar.
  • Mulut boleh mendatangkan malu kepada diri sendiri dan orang lain. Oleh itu, penggunaan mulut perlulah dikawal.
  • Penjagaan lidah juga penting kerana terdapat peribahasa yang berkaitan dengan lidah seperti lidah bercabang, lidah buaya, dan lidah tidak bertulang.
  • Percakapan juga tidak boleh berlebih-lebih kerana ini boleh menimbulkan kebosanan orang lain.
  • Kata-kata menggambarkan hati. Hatilah yang mendorong sesuatu ungkapan yang ditugaskan kepada lidah dan mulut. Oleh itu, hati yang baik akan mengungkapkan bahasa yang santun dan sebaliknya.


Konsep Penjagaan Muka Sebagai Asas Kesantunan Dalam Cerpen:


Cerpen 'Memori Seorang Tua' karya Zahari Affandi, antologi Harga Remaja

"Pak, cantik tak?" laung Jali kepada Pak Itam yang masih terjenguk di jendela.
  • Penggunaan kata 'pak' menunjukkan Jali menghormati dan menjaga status Pak Itam sebagai seorang yang lebih tua daripadanya.


Cerpen 'Idola' , antologi Harga Remaja

"Saudara berhentilah memuji saya. Sau... saudara pujilah diri saudara sendiri," sambut si hero sambil menancapkan sorot matanya kemas-kemas ke wajah si penjaga panggung.
  • Perbualan di atas menggambarkan si hero menjaga muka si penjaga panggung apabila bertutur dengannya dengan menyuruhnya berhenti memuji si hero, sebaliknya memuji dirinya sendiri.


Cerpen 'Israk' karya Erda Roslan Khairi, antologi Harga Remaja

"Abang tak mahu pergi kebun? Apa kata abang pergi sebelum abang jadi ahli korporat nanti," kata Mikraj.
"Tak perlu!" Israk menghayun kata-kata.
"Mengapa? Abang takut nyamuk? Agas? Atau seram dengan nyanyian cengkerik? Mengapa abang terlalu berlagak akhir-akhir ini?" Suara Mikraj semakin lama semakin meninggi.
Israk menarik nafas dalam-dalam, dan berkata, "Mengapa kau terlalu menjaga tepi kain orang?"
  • Perbualan di atas menggambarkan Israk seorang yang tidak menunjukkan kesantunannya ketika bertutur dengan adiknya, Mikraj.

"Jering tempoyak lagi!" rungut Israk.
Terkedu Wah mendengarnya. Hati Wah luruh sedikit. Wah berasa rendah diri, serendah mutiara di lautan. Dipandangnya al-Maidah di atas meja. Itulah yang dimakannya hampir saban hari. Israk sahaja yang tidak mengerti.
  • Pertuturan di atas menunjukkan Israk tidak menjaga maruah neneknya, Wah kerana dia mengkritik makanan yang disediakan oleh Wah secara terus-terang.

KONSEP KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA

Pengenalan: 

  • Budaya= Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia.
  • Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat.
  • Menurut Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski, segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri.
  • Herskovits seterusnya memandang budaya sebagai sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau (atau ringkasnya superorganik).
  • Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat.
  • Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
  • Kesantunan= aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh suatu masyarakat tertentu sehingga kesantunan sekaligus menjadi prasyarat yang disepakati oleh perilaku sosial.
  • Ketika dia dikatakan santun, masyarakat memberikan nilai kepadanya, baik penilaian itu dilakukan secara mendadak mahupun secara konvensional (panjang, memakan waktu lama)
  • Penilaian kesantunan= bergantung kepada budaya atau perbuatan yang ditakrifkan santun dalam masyarakat masing-masing (KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA)


KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA

  • Konsep kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja
  • Konsep kesantunan merentas budaya yang pelbagai
  • Pemahaman tentang apa yang dikatakan SANTUN dalam pelbagai budaya harus diberi penekanan dalam proses berkomunikasi.
  • Bila proses komunikasi melibatkan pelbagai budaya= KOMUNIKASI SILANG BUDAYA
  • Tahap silang budaya boleh diukur berdasarkan pandangan terhadap dunia, kepercayaan dan tingkah laku, sistem kod serta tanggapan terhadap hubungan.
  • Pandangan terhadap dunia ialah kepercayaan terhadap alam semula jadi atau nilai yang dipegang dan ia adalah sukar diubah.
  • Setiap budaya mempunyai tanggapan masing-masing mengenai apa yang betul atau salah. 


Contoh Kesantunan Merentas Budaya

  • CEO berbangsa Jepun berinteraksi dengan pengurusnya yang berbangsa Cina Malaysia tentang projek perniagaan mereka.
  • Seorang pakar penasihat kepada Hicom Sdn. Bhd bermesyuarat dengan ahli lembaga pengarah Hicom Sdn. Bhd. Lembaga mesyuarat terdiri daripada orang Malaysia, orang Jepun, orang Kanada dan orang UK.
Segala komunikasi terjadi ini akan lebih secara toleransi serta mencapai matlamat yang maksimum jika amalan menjaga air muka dalam kalangan yang terlibat
  • lisan/bahasa
  • pergerakan/tingkah laku
  • mimik muka

KESANTUNAN MELALUI ADAT PERKAHWINAN


ADAT PERKAHWINAN MELAYU

Ia terdiri daripada lapan langkah yang boleh digolongkan kepada tiga peringkat:

Peringkat pertama
  • Merisik atau menengok
  • Meminang atau bertunang
  • Menghantar belanja dan akad
Peringkat kedua
  • Berandam dan berasah gigi
  • Berinai
Peringkat ketiga
  • Bersanding
  • Mandi limau
  • Sambut-menyambut


ADAT PERKAHWINAN INDIA

Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian.

Langkah-langkah:

  • Merisik 
  • Kunjungan ke rumah pengantin
  • Ikat janji
  • Kad jemputan
  • Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam)
  • Mukuurtta Kaal
  • Thirumanan
  • Pengantin dijemput ke dewan perkahwinan dengan meniris 'panir' (air mawar)
  • Ditandakan photu
  • Dibawa naik ke atas pelamin
  • Penerusan upacara
  • Kalungan bunga malai
  • Ikat thali
  • Keliling api
  • Mohon restu ibu bapa (mencium kaki kedua ibu bapa)



ADAT PERKAHWINAN CINA


  • Kedua-dua  ibu bapa diberikan tempat duduk.
  • Pinangan: Ketika ibu bapa seorang anak lelaki menentukan bakal menantu perempuan, mereka akan mencari tukang risik yang kerjanya adalah untuk mengurangkan konflik.
  • Pembandingan Hari Jadi: Jika keluarga bakal menantu perempuan tidak membantah terhadap pinangan, tukang risik akan akan membandingkan hari jadi pasangan tersebut.
  • Harga Pengantin Perempuan (Hadiah Pertunangan): Keluarga anak lelaki akan mengatur tukang risik untuk menyampaikan harga pengantin perempuan (hadiah pertunangan) termasuk surat pertunangan kepada keluarga bakal pengantin perempuan.
  • Penyampaian Hadiah Perkahwinan: Hadiah perkahwinan berbeza-beza, bergantung kepada adat resam tempatan serta kekayaan keluarga.

5 ulasan:

  1. Boleh saya tahu sumber-sumber rujukan saudara ? Fakta yg diberikan sangat menarik dan sesuai untuk dijadikan rujukan .

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah amat membantu utk tugasan sebagai pengulas pentomin bertemakan kesan penggunaan bahasa wichat di kalangan Remaja

    BalasPadam