KOMUNIKASI BUKAN LISAN
KOMUNIKASI BUKAN LISAN DALAM KUMPULAN KECIL
Keperluan mengetahui komunikasi bukan lisan dalam kumpulan kecil :
1. Manusia lebih banyak berkomunikasi secara bukan lisan (70-80%)
2 .Mesej bukan lisan lebih dipercayai daripada mesej lisan
3. Perasaan lebih berkesan disampaikan secara bukan lisan.
KATEGORI KOMUNIKASI BUKAN LISAN
Ekman & Friesen (1975) mengkategorikan komunikasi bukan lisan kepada 5 kategori :
1.Lambang/simbol – isyarat tanpa lisan
2.Pengilustrasian – isyarat disertai lisan
3.Pemaparan rasa – emosi dari air muka
4.Pengawal (regulator) – pengawalan aliran berkomunikasi (giliran bercakap)
5.Penyesuaian – adapatsi diri dengan situasi
Mehrabian (1972) mengkategorikan komunikasi bukan lisan kepada 3 kategori :
1.Kecenderungan – keinginan atau minat mahu berinteraksi atau tidak (posisi                   
                                   tubuh dan kontak mata, atau sentuhan)
2.Kemujaraban – perilaku menyatakan kuasa dan status yang dimiliki
3.Keterlibatan – gerak geri mengambil bahagian dalam interaksi (semangat untuk berbual 
                             melalui intonasi suara)
Ruesch & Kees (dalam Knapp, 1972) membahagikan komunikasi bukan lisan kepada 
5 kategori :
1.Isyarat berkaitan ruang dan waktu
2.Isyarat berkaitan pergerakan tangan
3.Isyarat berkaitan air muka
4.Isyarat berkaitan nada suara
5.Isyarat pakaian
TUJUAN KOMUNIKASI BUKAN LISAN
1.Memberitahu atau menunjukkan sikap
2.Memberitahu atau menyembunyikan perasaan
3.Menyokong komunikasi lisan
4.Memberi maklumbalas
5.Memberitahu giliran bercakap
6.Membentuk keserasian
PRINSIP-PRINSIP YANG PERLU DIFAHAMI OLEH 
KOMUNIKATOR DALAM KOMUNIKASI BUKAN LISAN
1.Kualiti perhubungan  antara ahli kumpulan dibentuk & dikekalkan menerusi komunikasi 
   bukan lisan
2.Jika komunikasi lisan bercanggah dengan komunikasi bukan lisan, mesej bukan lisan 
   adalah lebih dipercayai 
3.Isyarat bukan lisan hanya bermakna apabila ada yang mentafsirnya.
4.Tafsiran kita tentang perlakuan seseorang perlu mengambil kira konteks dan pertalian kuasa
5.Tingkah laku anggota kumpulan mestilah selaras dengan budaya di mana kumpulan itu 
    wujud
6. Kepekaan terhadap komunikasi bukan lisan berbeza dari seseorang kepada seseorang 
    lain.
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan