Khamis, 15 Ogos 2013

KESANTUNAN BERBAHASA


DEFINISI KESANTUNAN BAHASA

"Kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan."


KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA

  • Cara dan bentuk bahasa yang digunakan oleh seseorang dengan penuh sopan
  • Timbang rasa yang kita berikan kepada orang yang mendengar pertuturan kita.
  • Contoh: Bahasa yang digunakan untuk menolak permintaan seseorang tanpa mengecilkan hatinya.
  • Cara sapaan lisan/ bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadap atau tidak berbudi bahasa.
  • Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.
  • Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.
  • Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.
  • Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan.
  • Kesantunan berbahasa merangkumi pemilihan kata, nada, gerak laku serta gaya dan ragam.
  • Pemilihan kata mesti sesuai dengan situasi, topik perbincangan dan hubungan antara penutur dengan pendengar.
  • Nada mestilah rendah dan lembut.
  • Gerak laku haruslah lemah lembut
  • Gaya dan ragam mestilah tidak mengejek, menyindir, perli atau menempelak.
  • Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli, dan sebagainya.
  • Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.


TAKRIFAN KESANTUNAN DARIPADA TOKOH-TOKOH DUNIA

  • Perlakuan yang mengurangkan pergeseran dalam sesuatu interaksi. (Lukoff,1975: 64)
  • Usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa konflik. (Fraser dan Nolan, 1981: 96)
  • Perlakuan yang mewujudkan pengiktirafan diri dalam sesuatu interaksi sosial (Leech, 1983: 104)
  • Kesantunan ialah usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka. (Brown&Levinson, 1987: 62)
  • Penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung (Asmah, 2000: 88)
  • Perlakuan yang diamalkan untuk membina persefahaman. (Bayraktaroglo, 1997: 5)


Takrifan lain tentang kesantunan bahasa:

  • Held- kesantunan sebagai suatu fenomena bahasa yang boleh dikaji secara empirikal menerusi pemerhatian terhadap komunikasi lisan melibatkan interaksi bersemuka antara penutur dengan pendengar.
  • Watts et.al- kesantunan ialah perlakuan bahasa yang digunakan untuk mengekalkan keseimbangan hubungan interpersonal dalam kumpulan sosial.
  • Awang Sariyan (2007)- kesantunan bahasa ialah penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya.
  • Siti Hajar Abdul Aziz (2009)- kesantunan bahasa ialah cara penggunaan kata dan ujaran secara sopan dan beradab.


RUMUSAN KONSEP KESANTUNAN

Kesantunan merupakan kata-kata atau perlakuan yang:
  • sesuai
  • tidak menimbulkan konflik
  • sentiasa menjaga air muka pendengar
  • ikhlas
  • merangkumi hubungan antara manusia dengan manusia dan manusia dengan khalik.
          Pada umumnya, bahasa yang sopan mempunyai kosa kata yang halus untuk menyampaikan sesuatu mesej atau perasaan seperti ibarat kata bijak pandai;








“Yang korik itu kendi, 

Yang merah itu saga; 

Yang baik itu budi, 

Yang indah itu bahasa.



KONSEP MUKA

Konsep Muka Goffman:

  • Muka sebagai nilai sosial yang positif yang dituntut oleh seseorang daripada pihak lain dalam sesuatu interaksi.
  • Muka ialah imej yang menggambarkan penerimaan sosial yang dikongsi apabila seseorang mempamerkan sesuatu tindakan dan perlakuan yang baik.
  • Dalam hal ini, peraturan sosial dapat dikekalkan sekiranya setiap individu menghormati hak orang lain seperti kehendaknya menjaga hak sendiri.
  • Goffman telah mengemukakan pembahagian tugas seseorang untuk menjaga muka kepada dua tugas, iaitu tanggungjawab menjaga muka sendiri dan tanggungjawab menjaga muka orang lain.
  • Bagi menunaikan tanggungjawab tersebut, setiap orang boleh bertindak dengan mengelakkan sesuatu keadaan yang mengancam muka. Antara caranya: 
          (a) Elakkan daripada terlibat dalam sesuatu topik yang akan memalukan sendiri kerana                   tidak pasti tentang topik tersebut.

          (b)Selalu membuat timbang tara bagi mengelakkan malu sendiri ataupun pihak lain.

          (c)Tarik diri dan berpura-pura tidak perasan dengan keadaan yang memalukan itu.


Konsep Muka B & L

  • Memberatkan kehendak muka individu
  • Muka ialah kehendak asas setiap individu dan kehendak tersebut turut difahami oleh pihak lain.
  • Kehendak muka positif atau kehendak muka negatif ialah kehendak asas seseorang dan berbentuk universal.

Konsep Muka Cina

  • Moa (1994) telah mengetengahkan konsep mianzi dan lian yang menjadi asas pemilihan strategi kesantunan China.
  • Gu (1988) dan Moa (1989) sependapat dengan Ide dan Matsumoto yang mendedahkan bahawa di kalangan masyarakat Timur, muka itu bukan menjadi hak individu seperti yang diperkatakan oleh B & L.
  • Mereka berpendapat bahawa muka sama ada di kalangan orang China mahupun orang Jepun menjadi identiti kumpulan sosial dan pendapat tersebut telah menolak pendapat B & L yang menekankan individualisme. 

Konsep muka dalam masyarakat Melayu

  • Muka dalam masyarakat Melayu merujuk kepada air muka (Asmah, 2000: 101)
  • Menjangkau ruang lintup melampaui masa berlangsung sesuatu perbualan.
  • Melibatkan anggota keluarga/ masyarakat.
  • Merujuk kepada hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan Tuhan.
  • Dalam sembahyang dibaca doa:
"Sesungguhnya aku menghadap wajahku (mukaku) kepada zat Allah yang menitahkan semua yang ada di langit dan di bumi dengan kecondongan hati serta menyerahkan diri."

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama (Allah); (tetaplah atas) fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah Allah. (Itulah) agama yang lurus; tetapi kebanyakan tidak mengetahui."
 (al-Ruum: 30)

"Dan kepunyaan Allahlah timur dan barat, maka ke mana pun kamu menghadap, di situlah wajah Allah. Sesungguhnya, Allah maha luas (rahmat-Nya) lagi maha mengetahui." 
(al-Baqarah: 115)


MODEL KESANTUNAN BAHASA

Model Kesantunan Lakoff (1975)

  • Jangan memaksa
  • Berikan pilihan
  • Jadikan pendengar selesa

Model Kesantunan Asmah (2000)

  • Kesantunan Asas: Kesantunan yang sedia ada - sikap berbaik-baik dalam masyarakat.
  • Kesantunan Berkendala: Usaha yang dilakukan dalam sesuatu interaksi.

Kesantunan Berkendala

  • Siapa yang bercakap?
  • Apa yang dicakapkan?
  • Di mana percakapan berlaku?
  • Mengapa percakapan berlaku?
  • Bagaimana cara percakapan disampaikan?

STRATEGI KESANTUNAN ORANG MELAYU

Kategori Strategi Budiman

  • Strategi ikhlas
  • Strategi memudahkan
  • Strategi merendah diri
  • Strategi maaf

Kategori Strategi Kerjasama

  • Strategi penyelesaian
  • Strategi persetujuan
  • Strategi muafakat
  • Strategi memberi peluang

Kategori Strategi Menyenangi

Kategori Strategi Kiasan

Kategori Strategi Berhemah

Kategori Rujukan Sumber (merujuk sunah)

Kategori Strategi Ungkapan Rabbani

  • Ungkapan salam
  • Bismillah

Kategori Strategi Bukan Bahasa

  • Senyum
  • Bersalam
  • Duduk
  • Artifak

KESANTUNAN BAHASA DALAM KURIKULUM BAHASA MELAYU

Falsafah Pendidikan Kebangsaan:

"Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harminis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."



CONTOH KESANTUNAN DALAM TEKS KOMSAS


Sehijau Warna Daun


(a) Perlakuan bahasa
  • Memberikan kata nasihat dalam bentuk pujukan.
"Belajarlah nak bersungguh-sungguh. Kita tidak ada harta. Pelajaranlah harta buatmu, nak."
  • Kata-kata pujian
"...Eh, masih bersih kasut kau tu! Anak yang baik macam tulah,"
  • Kata panggilan yang sesuai
"Rizal nak nasi lagi?" tanya Ramli.

"Tak nak, bang. Ijai dah kenyang," jawab adiknya membahasakan Ijai sebagai nama timang-timangan.


(b) Bukan perlakuan bahasa
  • Empati
Ramli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan.
  • Air muka/ raut wajah
...wajahnya amat manis, dengan senyuman terukir di bibirnya. Betapa ibunya berusaha benar menyembunyikan penderitaan itu di sebalik senyumannya.
  • Menunjukkan sikap bertanggungjawab
Rizal, adiknya yang tengah, berulang-ulang kali mengangkat pinggan nasinya untuk melihat kiranya ada nasi yang bertaburan di atas lantai.


Kerusi

  • "Tapi hakikatnya kita tetap berbeza Jun. Setidak-tidaknya kau guru tetap, lepasan maktab."
  • "Jun tak suka Fuad merendah diri begitu. Jadilah seorang laki-laki yang berani dan Jun akan mengagumi keberanian itu."
  • "Aku memang selalu cuba jadi berani, Jun. Kalau aku tak berani, aku tak akan berdepan dengan kau sekarang, anak majikan aku sendiri."
  • Senyum Junainah mekar dan segar.
  • "Ya, Allah, pandulah saya menghadapi musibah ini," 
  • "Insya Allah, saya akan datang!"
  • "Tak mengapa, nak. Engkau sudah sedar, kesatkan air matamu. Lupakan tragedi tu. Tidak ada sebesar huma pun rasa dendam di dalam jiwa saya, nak."

KONSEP PENJAGAAN MUKA SEBAGAI ASAS KESANTUNAN

  • Merujuk kepada air muka
  • Berkait rapat dengan maruah diri.
  • Terdapat pelbagai peribahasa yang berkaitan dengan muka seperti muka tembok, muka papan dan sebagainya. Ini menunjukkan orang Melayu mementingkan malu dan air muka.
  • Sesuatu perlakuan yang buruk yang mendatangkan malu akan menjejaskan imej sendiri dan juga keluarga.
  • Sewaktu berinteraksi, orang Melayu ditegah menghina dan merendah-rendahkan peribadi seseorang.
  • Penggunaan bahasa dan perkataan yang keluar dari bibir hendaklah santun, tidak mengandungi unsur-unsur yang memalukan diri, keluarga dan pihak lain walaupun yang dihujah itu benar.
  • Mulut boleh mendatangkan malu kepada diri sendiri dan orang lain. Oleh itu, penggunaan mulut perlulah dikawal.
  • Penjagaan lidah juga penting kerana terdapat peribahasa yang berkaitan dengan lidah seperti lidah bercabang, lidah buaya, dan lidah tidak bertulang.
  • Percakapan juga tidak boleh berlebih-lebih kerana ini boleh menimbulkan kebosanan orang lain.
  • Kata-kata menggambarkan hati. Hatilah yang mendorong sesuatu ungkapan yang ditugaskan kepada lidah dan mulut. Oleh itu, hati yang baik akan mengungkapkan bahasa yang santun dan sebaliknya.


Konsep Penjagaan Muka Sebagai Asas Kesantunan Dalam Cerpen:


Cerpen 'Memori Seorang Tua' karya Zahari Affandi, antologi Harga Remaja

"Pak, cantik tak?" laung Jali kepada Pak Itam yang masih terjenguk di jendela.
  • Penggunaan kata 'pak' menunjukkan Jali menghormati dan menjaga status Pak Itam sebagai seorang yang lebih tua daripadanya.


Cerpen 'Idola' , antologi Harga Remaja

"Saudara berhentilah memuji saya. Sau... saudara pujilah diri saudara sendiri," sambut si hero sambil menancapkan sorot matanya kemas-kemas ke wajah si penjaga panggung.
  • Perbualan di atas menggambarkan si hero menjaga muka si penjaga panggung apabila bertutur dengannya dengan menyuruhnya berhenti memuji si hero, sebaliknya memuji dirinya sendiri.


Cerpen 'Israk' karya Erda Roslan Khairi, antologi Harga Remaja

"Abang tak mahu pergi kebun? Apa kata abang pergi sebelum abang jadi ahli korporat nanti," kata Mikraj.
"Tak perlu!" Israk menghayun kata-kata.
"Mengapa? Abang takut nyamuk? Agas? Atau seram dengan nyanyian cengkerik? Mengapa abang terlalu berlagak akhir-akhir ini?" Suara Mikraj semakin lama semakin meninggi.
Israk menarik nafas dalam-dalam, dan berkata, "Mengapa kau terlalu menjaga tepi kain orang?"
  • Perbualan di atas menggambarkan Israk seorang yang tidak menunjukkan kesantunannya ketika bertutur dengan adiknya, Mikraj.

"Jering tempoyak lagi!" rungut Israk.
Terkedu Wah mendengarnya. Hati Wah luruh sedikit. Wah berasa rendah diri, serendah mutiara di lautan. Dipandangnya al-Maidah di atas meja. Itulah yang dimakannya hampir saban hari. Israk sahaja yang tidak mengerti.
  • Pertuturan di atas menunjukkan Israk tidak menjaga maruah neneknya, Wah kerana dia mengkritik makanan yang disediakan oleh Wah secara terus-terang.

KONSEP KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA

Pengenalan: 

  • Budaya= Budaya atau kebudayaan (daripada perkataan Sanskrit buddayah, yang merupakan kata jamak bagi perkataan buddhi, yang bermaksud budi pekerti atau akal) secara amnya membincangkan hal-hal berkaitan budi dan akal manusia.
  • Kebudayaan mempunyai hubungan erat dengan masyarakat.
  • Menurut Melville J. Herskovits dan Bronislaw Malinowski, segala sesuatu yang terdapat di dalam sesebuah masyarakat mempunyai hubungkait atau boleh ditentukan oleh kebudayaan yang dimiliki masyarakat itu sendiri.
  • Herskovits seterusnya memandang budaya sebagai sesuatu yang diperturunkan daripada satu generasi ke generasi seterusnya dan konsep ini disebut sebagai organik lampau (atau ringkasnya superorganik).
  • Andreas Eppink pula, kebudayaan ialah keseluruhan pengertian, norma, ilmu pengetahuan serta struktur-struktur kemasyarakatan, keagamaan selain penghasilan seni dan intelektual yang membentuk ciri-ciri khas sesebuah masyarakat.
  • Edward B. Taylor. Beliau memandang budaya sebagai satu konsep menyeluruh yang rumit yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, tatasusila, undang-undang, adat resam dan lain-lain kebolehan serta kebiasaan yang diperolehi oleh manusia sebagai anggota masyarakat.
  • Kesantunan= aturan perilaku yang ditetapkan dan disepakati bersama oleh suatu masyarakat tertentu sehingga kesantunan sekaligus menjadi prasyarat yang disepakati oleh perilaku sosial.
  • Ketika dia dikatakan santun, masyarakat memberikan nilai kepadanya, baik penilaian itu dilakukan secara mendadak mahupun secara konvensional (panjang, memakan waktu lama)
  • Penilaian kesantunan= bergantung kepada budaya atau perbuatan yang ditakrifkan santun dalam masyarakat masing-masing (KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA)


KESANTUNAN MERENTAS BUDAYA

  • Konsep kesantunan tidak harus tertumpu kepada satu-satu bangsa sahaja
  • Konsep kesantunan merentas budaya yang pelbagai
  • Pemahaman tentang apa yang dikatakan SANTUN dalam pelbagai budaya harus diberi penekanan dalam proses berkomunikasi.
  • Bila proses komunikasi melibatkan pelbagai budaya= KOMUNIKASI SILANG BUDAYA
  • Tahap silang budaya boleh diukur berdasarkan pandangan terhadap dunia, kepercayaan dan tingkah laku, sistem kod serta tanggapan terhadap hubungan.
  • Pandangan terhadap dunia ialah kepercayaan terhadap alam semula jadi atau nilai yang dipegang dan ia adalah sukar diubah.
  • Setiap budaya mempunyai tanggapan masing-masing mengenai apa yang betul atau salah. 


Contoh Kesantunan Merentas Budaya

  • CEO berbangsa Jepun berinteraksi dengan pengurusnya yang berbangsa Cina Malaysia tentang projek perniagaan mereka.
  • Seorang pakar penasihat kepada Hicom Sdn. Bhd bermesyuarat dengan ahli lembaga pengarah Hicom Sdn. Bhd. Lembaga mesyuarat terdiri daripada orang Malaysia, orang Jepun, orang Kanada dan orang UK.
Segala komunikasi terjadi ini akan lebih secara toleransi serta mencapai matlamat yang maksimum jika amalan menjaga air muka dalam kalangan yang terlibat
  • lisan/bahasa
  • pergerakan/tingkah laku
  • mimik muka

KESANTUNAN MELALUI ADAT PERKAHWINAN


ADAT PERKAHWINAN MELAYU

Ia terdiri daripada lapan langkah yang boleh digolongkan kepada tiga peringkat:

Peringkat pertama
  • Merisik atau menengok
  • Meminang atau bertunang
  • Menghantar belanja dan akad
Peringkat kedua
  • Berandam dan berasah gigi
  • Berinai
Peringkat ketiga
  • Bersanding
  • Mandi limau
  • Sambut-menyambut


ADAT PERKAHWINAN INDIA

Adat penyesuaian bakal pengantin dikenali sebagai Thairumanam Poruttam Paartal dijalankan terlebih dahulu, dalam ajaran Hindu tidak terdapat konsep perceraian.

Langkah-langkah:

  • Merisik 
  • Kunjungan ke rumah pengantin
  • Ikat janji
  • Kad jemputan
  • Penyediaan Thaali (Tjrumaanggalyam)
  • Mukuurtta Kaal
  • Thirumanan
  • Pengantin dijemput ke dewan perkahwinan dengan meniris 'panir' (air mawar)
  • Ditandakan photu
  • Dibawa naik ke atas pelamin
  • Penerusan upacara
  • Kalungan bunga malai
  • Ikat thali
  • Keliling api
  • Mohon restu ibu bapa (mencium kaki kedua ibu bapa)



ADAT PERKAHWINAN CINA


  • Kedua-dua  ibu bapa diberikan tempat duduk.
  • Pinangan: Ketika ibu bapa seorang anak lelaki menentukan bakal menantu perempuan, mereka akan mencari tukang risik yang kerjanya adalah untuk mengurangkan konflik.
  • Pembandingan Hari Jadi: Jika keluarga bakal menantu perempuan tidak membantah terhadap pinangan, tukang risik akan akan membandingkan hari jadi pasangan tersebut.
  • Harga Pengantin Perempuan (Hadiah Pertunangan): Keluarga anak lelaki akan mengatur tukang risik untuk menyampaikan harga pengantin perempuan (hadiah pertunangan) termasuk surat pertunangan kepada keluarga bakal pengantin perempuan.
  • Penyampaian Hadiah Perkahwinan: Hadiah perkahwinan berbeza-beza, bergantung kepada adat resam tempatan serta kekayaan keluarga.



KONSEP BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA


PENGERTIAN BUDI, BAHASA DAN BUDI BAHASA


PENGERTIAN BUDI:

  • Secara amnya , budi boleh didefinisikan sebagai akal , kebijaksaan atau sifat baik , perbuatan baik dan kebajikan.
  • Budi juga bermaksud sentiasa berbuat baik dengan orang lain dalam setiap lapisan masyarakat tidak kira sesiapa dan di mana seseorang itu berada . Bak kata perpatah ' Budi Baik Dikenang Juga ', jika kita berbuat baik dengan orang lain, kita akan dikenang sampai bila-bila masa.
  • Budi juga merupakan sesuatu perbuatan atau kelakuan yang positif . Berbuat budi perlu lahir daripada hati yang ikhlas dan suci .
  • Budi juga merupakan suatu tabiat , kelakuan , perwatakan , perlakuan , bahasa ataupun pertuturan . Setiap agama juga mengajar kita untuk berbudi.
  • Contohnya, percakapan yang baik dengan tutur kata yang berhemah, nada suara yang menyenangkan, menberi ucapan salam, tolong-menolong, jujur dan mempunyai muhasabah diri.


PENGERTIAN BAHASA

  • Bahasa merupakan alat komunikasi yang berupa sistem lambang bunyi yang dihasilkan alat ucap manusia.
  • Bahasa digunakan dalam pertuturan oleh seseorang dalam kelompok masyarakat dan masing-masing mempunyai makna, yaitu, hubungan abstrak antara kata.
  • Bahasa berbeza mengikut bangsanya dan setiap bangsa mempunyai bahasa sendiri.
  • Bahasa juga menjadi bahasa rasmi bagi sesebuah negara. Contohnya, negara Malaysia menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi.
  • Selain itu, bahasa juga merupakan arbitrari kerana bahasa boleh dicipta dengan sesuka hati dengan adanya kelompok masyarakat yang mengikutnya serta menggunakannya dalam kehidupan seharian.


PENGERTIAN BUDI BAHASA:

  • Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan santun dan tatatertib, akal kebijaksanaan dan perbuatan kebajikan tercantum dalam kata-kata mulia, setiap gerak laku, tutur kata, tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.


PENGERTIAN DALAM MASYARAKAT CINA DAN INDIA

  • Dalam masyarakat Cina dan India, budi bermaksud perbuatan yang mulia dan baik kepada orang lain. Contohnya, kita membantu orang yang berada dalam kesusahan tanpa mengira agama, bangsa dan adat serta kepercayaan.
  • Selain itu, budi juga merupakan perbuatan baik yang dilakukan secara ikhlas dan penuh dengan kerelaan.
  • Dalam masyarakat Cina dan India, budi bahasa bermaksud kesopanan dan kesantunan seseorang itu dalam melakukan sesuatu perkara terutamanya berkaitan dengan bahasa seperti pertuturan dan percakapan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain.


CIRI-CIRI BUDI BAHASA

Seseorang yang berbudi bahasa mempunyai ciri-ciri berikut:

(1) Bertimbang rasa
  • Perasaan bertimbang rasa merupakan sebahagian daripada sikap terpuji mengira perbezaan latar belakang sesuatu kaum
  • bertindak atau melakukan sesuatu perkara agar tidak menyinggung perasaan orang lain
  • memahami pendapat yang berbeza dan belajar menyesuaikan diri dengan orang lain

(2) Bertoleransi
  • bersikap sabar
  • sikap dapat menerima atau menghormati pendapatan, fikiran dan kepercayaan orang lain

(3) Bertolak ansur
  • tidak hanya mementingkan atau menguntungkan bagi sebelah pihak semata-mata
  • tidak terlalu mengira bila berbuat baik sesama orang lain
  • mudah memaafkan kesalahan orang lain

 (4) Bersopan-santun
  • lemah-lembut
  • tidak angkuh, tidak menunjuk-nunjukdan tidak sombong dalam pergaulan dengan orang lain.
  • perilaku yang sopan.

 (5) Ramah mesra
  • mudah diajak berunding.
  • mesra dan memberi senyuman
  • penyabar dan tidak emosional.

 (6) Tidak mementingkan diri sendiri
  • tidak hanya memperhatikan kepentingannya sendiri, tetapi kepentingan orang lain juga.
  • selalu tolong-menolong antara satu sama lain
  • memberi bantuan kepada orang yang memerlukan bantuan.


BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MALAYSIA


Kata Sapaan.

Contoh: 

KATA GANTI DIRI
ORANG YANG DITUJUKAN

Saudara/saudari

Rujukan dan sapaan kepada orang yang baru dikenali, rujukan kepada hadirin majlis.
Cik
Orang perempuan yang belum berkahwin/ berkedudukan tinggi daripada penutur.
Saya
Digunakan apabila bertutur dengan orang yang dihormati dan mempunyai status yang lebih tinggi. (guru, orang yang lebih tua, orang yang baru dikenali)
Aku
Digunakan dalam situasi tidak formal atau kepada kenalan rapat.
Patik/hamba
Digunakan oleh rakyat biasa apabila bertutur dengan raja.
Beta
Digunakan oleh raja apabila bertutur dengan rakyat biasa.
Tuan
Orang yang mempunyai kedudukan tinggi daripada penutur.
Puan
Orang perempuan yang sudah berkahwin dan dipakai bersama nama atau jenis jawatan sperti Puan Pengetua.
Engkau/Kau
Digunakan dalam situasi tidak formal / kenalan rapat.
Tuk
Kadi/Iman/Penghulu
Anda
Digunakan dalam situasi formal dan boleh ditujukan kepada pendengar tanpa mengira peringkat umur.
Tuanku/ Baginda
Digunakan kepada raja.
Ia/Dia
Boleh dirujuk kepada manusia tetapi tidak kepada objek bukan manusia dan benda.
Beliau
Digunakan sebagai rujukan orang yang dihormati dan mempunyai kedudukan.
Mereka
Kata ganti diri  orang ketiga jamak.
-nya
Kata ganti menunjukkan keupayaan bagi orang ketiga tunggal ( Misalnya, pen ini pennya).  Boleh juga digunakan sebagai kata ganti  diri orang ketiga tunggal.
(Sampaikan salam saya kepadanya)


Rujukan orang yang telah meninggal dunia

Contoh: 


ALMARHUM
Digunakan untuk kerabat diraja lelaki
ALMARHUMAH
Digunakan untuk kerabat diraja wanita
ALLAHYARHAM
Digunakan untuk lelaki Islam
ALLAHYARHAMAH
Digunakan untuk perempuan Islam
MENDIANG
Digunakan untuk lelaki atau perempuan bukan Islam


Kata Gelaran

Contoh: 

GELARAN
RUJUKAN HORMAT
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Raja-raja
Duli yang Maha Mulia
Balu Raja
Yang Maha Mulia
Bergelar warisan (Tengku, Raja, Tunku, Engku, Ungku)
Yang Mulia
Perdana Menteri
Timbalan Perdana Menteri
Menteri Besar
Ketua Menteri
Yang Amat Berhormat
Tun
Orang Besar Empat
Toh Puan
Yang Amat Berbahagia
Yang Dipertua Negeri
Yang Berbahagia
Tan Sri, Puan Sri, Datuk, Datin, Datuk Seri, Datuk Seri Paduka.
Yang Berbahagia
Ketua Hakim Negara
Yang Arif
Kadi
Sahibul-Fadilah
Mufti
Sahibus-samahah
Ketua Jabatan/Guru Besar
Yang Berusaha


Panggilan

Contoh: 
  • Pak-Digunakan untuk orang lelaki yangs ama sebaya dengan ayah kendiri.
  • Mak-Digunaka utnuk orang perempuan yang kira-kira sebaya dengan emak kendiri
  • Tok-Digunakan untuk orang lelaki atau prempuan yang kira-kira sebaya dengan datuk atau nenek kendiri.
  • Abang-Digunakan untuk orang lelaki yang tidak setua ayah kendiri dan juga tidak semua kendiri.
  • Kakak-Digunakan untuk orang perempuan yang tidak setua emak kendiri dan juga tidak semuda kendiri.
  • Adik-Digunakan untuk orang lelaki atau permepuan yang lebih muda daripada kendiri.


Memberi Salam


Bertanya Khabar


Melayan Tetamu – Jamu Makan



Menghormati Orang Tua



AMALAN BUDI BAHASA DALAM MASYARAKAT MAJMUK MALAYSIA


1. Masyarakat Melayu:

Contoh: 
  • Berpegang kuat pada adat resam dan agama. 
  • Tidak manis/ tidak sopan anak dara duduk bersila.
  • Memberi salam apabila bersua.
  • Tidak menyampuk semasa orang tua bercakap.

2. Masyarakat Cina:

Contoh:
  • Tunduk ketika memberi salam.
  • Orang tua makan dahulu dan diikuti dengan orang muda.
  • Menunggu semua ahli keluarga ketika makan.
  • Dalam tokong tidak dibenarkan memakai topi.
  • Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam rumah.

3. Masyarakat India:


Contoh:
  • Duduk bersila ketika makan.
  • Tidak membazirkan makanan.
  • Senyap semasa bersembahyang.
  • Menanggalkan kasut sebelum masuk ke dalam kuil.
  • Mematuhi adat dan resam.
  • Salam orang yang lebih tua.


AMALAN BUDI BAHASA DALAM DRAMA-DRAMA MELAYU


DRAMA BAWANG MERAH DAN BAWANG PUTIH


1. Memohon maaf dan bertaubat setelah menyedari kesilapan yang telah dilakukan.

Contoh:
  • Bawang merah : bawang putih ! aku mohon maafkan aku. Maaf karna sikapku selalu jahat padamu. Sungguh aku minta maaf.

2. Bersikap pemaaf

Contoh:
  • Bawang putih : sudahlah. Aku sudah memaafkan kalian. Aku yakin kalian bisa berubah.

3. Memberi salam

Contoh:
  • Ibu bawang merah: selamat pagi bu. Sendirian aja nih?

4. Mengucapkan terima kasih

Contoh:
  • Ibu bawang daun: walaikumsalam. Terima kasih ya.

DRAMA KAKI KAMBING


1. Memberi salam semasa masuk rumah.

Contoh:
  • Manap: (memberi salam). kau tengah buat apa tu?
  • Munah: (menjawab salam). hmm...tengah jahit baju abang la ni...

2. Mengambil berat seorang wanita yang baru kehilangan suami.

Contoh:
  • Insp. Lamin: baiklah puan. (senyap). Puan o.k ke duduk kat sini sekarang? yelah, dengan orang-orang saya sibuk menggeledah...?
  • Insp. Lamin: atau puan nak naik ke bilik puan, berehat, berbaring. saya rasa, puan mesti tertekan sekarang...

3. Menjamu tetamu yang datang ke rumah dengan mesra

Contoh:
  • Munah: sebab saya tak jamu tetamu yang datang ke rumah. jadi suami saya tentu marah kalau saya tak jamu tuan dan orang-orang tuan makan. lagipun saya pasti, tuan dan orang-orang tuan tentu sangat lapar sekarang. dah berjam-jam kat sini. dah lepas waktu makan malam pun...jadi, tolong lah ke dapur tu, rehat sekejap. ajak orang-orang tuan makan kaki kambing panggang tu...

4. Meminta pertolongan orang lain dengan sopan

Contoh:
  • Munah: boleh tolong ambilkan air sejuk untuk saya tak? ada di dapur kat dalam peti sejuk, saya dahaga...

5. Menjaga perasaan orang lain

Contoh:
  • Insp. Lamin: minta maaf puan, nampaknya kami terpaksa menggeledah rumah ni...




PERATURAN BERBAHASA


Contoh Peraturan Berbahasa Daripada Aspek Jarak Sosial Dan Konteks Percakapan


1. Hargai mitra bicara
  • Sopan santun dengan tidak melihat status sosial pihak lain
  •  Memberi tumpuan sepenuh terhadap isi yang disampaikan oleh pihak lain.

2. Peka terhadap kesempatan
  • Terapkan pola gilir dalam berkomunikasi dengan menggunakan kata, bentuk kata, dan ungkapan yang tepat demi kelangsungan dan kenyamanan komunikasi
  • Ungkapkanlah gagasan pendapat dan pandangan dengan jelas
  • Alihkan topik pembicaraan secara halus dengan menggunakan ungkapan yang tepat

3. Fahami relevansi pembicaraan
  • Menguasai masalah yang sedang dibincangkan
  • Gunakan bahasa yang efektif dan mudah difahami
  • Usahakan isi pembicaraan relevan dengan topik
  •  Jika terjadi perbedaan pendapat, selesaikan secara halus tanpa menimbulkan konflik
4. Bercakap dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan tidak bercakap dengan nada yang samar-samar

5. Bercakap di depan dengan cara bertentangan mata dan tidak bercakap di belakang untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.

6. Jika seseorang sedang bercakap tentang sesuatu tajuk dan tajuk itu belum habis dibincangkan maka elakkan daripada mengutarakan tajuk baru atau memotong perbualannya itu.

7. Jika seseorang sedang makan maka kita elakkan daripada bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau tentang sesuatu yang tidak disukai olehnya.

8. Elakkan daripada bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan dan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.

9. Tidak sesekali meniru gaya percakapan atau telor orang yang jahil dalam agama

10. Tidak bercakap secara berkumam mulut

11. Tidak bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci-maki orang

12. Tidak memanggil orang yang lebih tua daripada kita dengan panggilan nama. Kita sepatutnya memangil mereka dengan nama yang memuliakan mereka.

13. Tidak memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya

14. Tidak bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya.


Contoh Peraturan Berbahasa
Daripada Aspek Jarak Sosial Dan Konteks Percakapan


1. Pilihan Kata Untuk Memulakan Percakapan

Selamat pagi, Assalamu’alaikum,Hello

2. Ungkapan Mengakhiri Percakapan
(SITUASI FORMAL)

Sekian saja pertemuan kita hari ini, jangan lupa….

Sebagai penutup, kita simpulkan bahwa….

(SITUASI NONFORMAL)

Udah dulu ya, besok jangan lupa….

deh, jadi kita besok berangkat jam…


3. Penerapan Pola Gilir Berkomunikasi

Bagaimana menurut pendapat Anda?(formal)

Menurut pandanganmu gimana?(non-formal)

Mungkin ada yang mempunyai pendapat lain?


4. Mengalihkan Topik Pembicaraan Secara Halus

( Secara formal )

Maaf, saya dengar Ibu suka juga dengan...

Bagaimana jika kita meninjau dari sisi lain, misalnya….

(Secara nonformal)

Wah, makin seru kalau kita bicara soal…

Boleh tahu pandanganmu tentang….



5. Memohon Maaf Jika Belaku Kesilapan

Contoh: “ Maaf ya, kalau ada salah ucap.”

6. Mengucapkan Terima Kasih Jika Diberi Bantuan

Contoh: “terima kasih ya”


7. Mengakhiri Percakapan Dengan Ungkapan Pemisahan

Contoh:“ Selamat jalan“ 



Peraturan Berbahasa


Dalam percakapan, kita harus :

Ø Bercakap tentang perkara yang penting dahulu. Hal ini kerana perkara yang penting itu mungkin mendatangkan kesan yang mendalam kepada seseorang.

Ø Menilai perkara yang hendak dikomunikasikan sebelum bercakap. Walaupun kita mempunyai banyak pandangan dan perasaan yang hendak diluahkan, tetapi kita perlu sedar bahawa bukan semua yang ingin kita cakapkan itu adalah penting. Hai ini kerana keterpaksaan dia mendengar sebaliknya akan menjana kebenciannya kepada kita, padahal tujuan percakapan kita adalah untuk membina perhubungan yang baik.

Ø Tidak mencelah percakapan orang lain. Hal ini demikian kerana sekali kita mencelah, panjang pula kita menyambung huraiannya, sehingga tuan asal pemilik percakapan tersekat dan ternganga serta tidak dapat menyempurnakan percakapannya. Biarlah mencelah kita itu mencelah yang pendek sekadar untuk menyatakan sokongan atau persetujuan, bukannya untuk merampas giliran pemilik percakapan itu untuk bercakap.

Ø Tidak mengulang perkara yang sama berulang kali. Kita mungkin mempunyai tujuan yang baik supaya pendengar tersebut mengambil serius perkara itu, namun bagi sesetengah orang, dia mungkin boleh mentafsirkan secara silap bahawa orang yang mengulang itu memandangnya sebagai berkemampuan minda yang rendah sehingga terpaksa diulang-ulang supaya faham. Demikian juga dengan pujian. Pujian yang berlebihan akan menimbulkan salah tafsiran pada pihak penerima sehingga mewujudkan kebencian dan melunturkan kemesraan.


Peraturan Berbahasa Dari Aspek Tujuan Dan Giliran Bercakap


Tujuan percakapan

Kita harus mengutamakan tujuan percakapan dalam pergaulan harian.

  • Kita patut menitikberatkan perkara yang penting dahulu. Tujuan perkara itu mestilah menimbulkan sesuatu kesan terhadap orang lain atau sesuatu objek. 
Contoh : Kita hendak memberitahu seseorang bahawa sesuatu yang buruk telah berlaku. Perkara tersebut haruslah diberitahu dengan secepat mungkin kerana merupakan perkara yang sangat penting.

  •  Jika kita mahu memberitahu sesuatu yang penting tetapi tidak segera, kita hendak mencari masa yang sesuai untuk memberitahu orang itu. Tapi, mesti diingat, walaupun perkara itu tidak segera, namun, perkara itu mesti disampaikan kepada pendengarnya. 
Contoh : Kita hendak memberitahu kawan kita bahawa gambar yang diambil bersama-sama telah siap dicuci. Kita boleh memilih masa yang sesuai untuk memberitahu mereka kerana perkara tersebut penting tetapi tidak segera.

  •  Jika kita ingin memberitahu sesuatu yang tidak penting, kita boleh memberitahu orang tersebut pada bila-bila masa sahaja. Kita patut memilih masa yang sesuai di mana kedua-dua penyampai dan pendengar berada dalam keadaan ‘relaks’ dan tidak melakukan perkara lain. Perkara tersebut mestilah berunsur ringan dan sesuai dijadikan idea percakapan dalam perbualan pada masa lapang. 
Contoh : Kita boleh menyampaikan atau memberitahu sesuatu yang tidak penting semasa kita sedang berbual-bual dengan pendengar pada masa lapang, seperti aktiviti yang dijalankan pada hujung minggu dan sebagainya. 

Giliran Bercakap

Kita harus mengutamakan status dan kedudukan semasa bercakap. Secara umumnya, giliran bercakap bergantung pada tempat kita berada dan orang yang bercakap dengan kita.


CONTOHNYA :

Dalam keluarga,
1. Ahli keluarga yang paling tua dan berpengalaman, kebiasaannya datuk dan nenek.

2. Ibu atau bapa.

3. Kakak atau abang yang lebih besar.

4. Pihak yang paling kecil, khususnya adik.


Di sekolah,

1. Pengetua atau Guru Besar.

2. Penolong kanan sekolah.

3. Ketua unit atau jabatan.

4. Para pensyarah atau guru.

5. Wakil pelajar, khususnya ketua pengawas sekolah.

6. Para pelajar.