Khamis, 15 Ogos 2013

BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN


KESANTUNAN VERBAL

  • Kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan
  • Kesantunan berbahasa verbal perlu dijaga terutamanya semasa berkomunikasi dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan-rakan, menyampaikan maklumat dan sebagainya.
  • Konsep kesantunan berbahasa verbal merujuk kepada semua aspek komunikasi secara lisan.
  • Sebagai contoh, melalui media massa seperti radio, televisyen dan internet, pengucapan awam dan ceramah, seminar serta sesi ucapan.
  • Semua contoh tersebut menuntut penuturnya agar menggunakan bahasa yang sopan santun semasa menyampaikan apa-apa yang ingin disampaikan.

 Contoh Kesantunan Berbahasa dan Bahasa Sapaan dalam Pengacaraan Majlis 


1. Anak haruan si anak lokan, berenang-renang di sungai Bera; 
    Kehadiran tuan dialu-alukan, disambut dengan hati gembira. 

2. Yang Berhormat Dato’ Sang Nila Utama, 

3. Yang Berbahagia Datuk Nik Nab, 

4. Yang dihormati Tuan Haji Isnin …, 



Contoh Kesantunan Berbahasa dan Kata Sapaan dalam Wawancara

  1. Yang Berbahagia Dato’, boleh saya tahu di mana …
  2. Saya difahamkan bahawa … adakah Tuan Yang Terutama …
  3. Saya mohon maaf Tuan Haji, soalan ini agak sensitif sedikit, bolehkah …

 Kesantunan Berbahasa dalam Pengucapan Awam 

  1. Saya yakin bahawa … 
  2. Pada pandangan saya, idea untuk … 
  3. Saya tidak berani mengatakan bahawa …


KESANTUNAN NONVERBAL

  • Kesantunan berbahasa dari segi nonverbal pula merujuk kepada perbuatan, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan isyarat.
  • Konsep kesantunan berbahasa nonverbal ini merujuk kepada semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami.
  • Sebagai contoh, melalui media cetak seperti surat khabar, majalah, jurnal dan buku.
  • Justeru, bahasa tubuh, ekspresi wajah yang merangkumi hubungan mata juga memainkan peranan yang penting untuk melestarikan konsep kesantunan berbahasa itu.


BAHASA TUBUH 

  • Bahasa tubuh ialah bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat tangan, air muka, dan gerakan badan. 
  • Bahasa ini sangat penting kerana dapat menyampaikan mesej yang sukar dilahirkan melalui pertuturan atau tulisan.
  •  Komunikasi melalui bahasa tubuh ini mampu menggambarkan emosi, personaliti, tujuan dan status sosial seseorang individu. 
  • Isyarat tanpa lisan boleh digunakan untuk: 
  •  mengukuhkan hujah/ mesej yang disampaikan 
  1.  mendapatkan maklum balas dengan membaca maksud yang tersirat melalui isyarat tanpa lisan yang ditunjukkan oleh penerima mesej.

  • Selain itu, komunikasi lisan yang disepadukan dengan bahasa tubuh akan lebih berkesan kerana dapat menterjemahkan maksud yang hendak disampaikan dengan jelas.


KEPENTINGAN BAHASA TUBUH

  • Dengan membaca bahasa tubuhnya, kita dapat mengetahui sama ada apa yang diperkatakan diterima dengan positif atau negatif, sama ada dia bercakap terbuka atau defensif, bosan atau berpura-pura minat.
  • Dengan membaca bahasa tubuh kita dapat mengetahui: 

  1. Bila kita mesti mengubah sikap dan menukar bahan percakapan 
  2.  Bila patut berhenti
  3. Bila kita perlu membuat sesuatu yang lain sama sekali

  • Jika gagal membaca bahasa tubuh orang yang dilawan bercakap, kita akan gagal menyakinkan mereka.
  • Bahasa tubuh juga menunjukkan kesopanan/ kesantunan seseorang.


 GERAKAN ANGGOTA BADAN

  • Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi tanpa lisan mempunyai makna tertentu. 
  • Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej dalam komunikasi yang dihasilkan. 
  •  Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna sejagat yang difahami oleh semua orang seperti: 
  1. · Isyarat gerakan tangan 
  2. · Isyarat air muka 
  3. · Bahasa tubuh



GERAKAN MATA 

Gerakan mata mempunyai makna tertentu dalam komunikasi tanpa lisan. Contohnya: 
  •  Mata yang bergerak ke sana ke mari menunjukkan tidak berminat 
  •  Mata dan dahi berkerut, menunjukkan minat tetapi tidak percaya 
  •  Mata berkelip lebih laju daripada biasa menunjukkan dia berdusta 
  •  Tidak memandang mata menunjukkan berminat tetapi malu/ tidak tenteram perasaannya.


 GERAKAN TANGAN 


  • Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh kebanyakan orang tanpa mengira latar belakang belakang kebudayaan. 
  •  Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku. 
  • Isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan maksudnya. 
  •  Maksud yang disampaikan boleh berbeza kerana dipengaruhi oleh budaya 
  •  Terdapat juga maksud sejagat seperti meletakkan jari telunjuk di depan mulut yang bermakna diam/ tolong senyap 
  •  Isyarat gerakan tangan digunakan bersama-sama ucapan lisan dan tujuannya adalah untuk membantu atau mengukuhkan ucapan lisan seseorang. 
  •  Secara sedar atau tidak, setiap kali seseorang itu bercakap, ia akan menggunakan tangan untuk menggambarkan sesuatu yang ingin disampaikannya itu. 

MIMIK MUKA


  • Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan. 
  • Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang.
  •  Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang. 
  • Melalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan kita, kita akan mengetahui banyak maksudyang tersurat dan tersirat. 
  •  Merupakan suatu naluri yang berhubung rapat dengan faktor biologi dan fisiologi. Melaluinya dapat diketahui keperibadianseseorang 
  • Ahli komunikasi yang baik dapar mengesan perasaan sebenar seseorang dengan mengamati air mukanya. 
  •  Riak air muka berperanan penting menentukan jalinan komunikasi yang dilalui, Untuk membentuk jalinan komunikasi yang mesra/ positif, tunjukkanlah air muka yang jernih.




EMBLEMS

  • Isyarat tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan sesuatu maksud.
  • Dipengaruhi oleh sesuatu budaya sesuatu bangsa, sebagai contoh, bunuh diri.
  • Ada yang mempunyai maksud sejagat: V
  • Maksudnya tepat & difahami penerima.
  • Untuk menyampaikan sesuatu maksud yang tidak mahu diucapkan.


Illustrators

  • Isyarat gerakan tangan yang digunakan bersama-sama dengan ucapan untuk membantu/ mengukuhkan pemahaman.


Mengenal Bahasa Tubuh Seseorang


1. Bahasa tubuh orang yang tertarik
  • Meletakkan tangan di dada
  • Mendekat kepada lawan berbicara
  • Menunjuk dengan kaki (kakinya mengarah ke orang yang dia tertarik kepadanya)
  • Tatapan menjadi lebih lama
  •  Pupil mata membesar
  •  Merapikan rambut
  •  Merapikan/mengusap baju

2. Bahasa tubuh penolakan/marah, 
  •  Menyilangkan tangan di dada
  •  Meremas kedua-dua tangan
  • Berpura-pura membersihkan pakaian sambil mengalihkan tatapan

3. Bahasa tubuh orang yang berbohong
  •  Menutup mulut dan terbatuk
  • Menyentuh hidung
  • Memalingkan pandangan
  •  Menggosok mata
  •  Lebih sering mengedip
  •  Memalingkan wajah
  • Menggaruk leher
  • Nada suara berubah

4. Bahasa tubuh kekuasaan
  •  Meletakkan kaki d iatas meja/kerusi
  • Tangan dilipat ke belakang
  •  Asap rokok dihembuskan ke atas (bagi perokok)


5. Bahasa tubuh orang kecewa/sedih/stres
  • Sering lupa tampil rapih 
  • Sering menunduk 
  • Mengusap bagian belakang kepala sambil sesekali menggaruknya 
  • Mengusap jidad 
  • Tatapan kosong atau agak takut-takut 
  • Mata merah berair seperti mahu nangis 
  • Senyum bergetar dan senyum seperti tertahan

 6. Lain-lain
  • Memainkan/menggigit kaca mata-menghulur-hulur waktu sampai dia merasa nyaman untuk mengambil keputusan 
  • Mengusap dagu-sedang berfikir untuk mengambil keputusan 
  • Tangan di pinggang-menunjukkan keagresifan dan kesiagaan terhadap lingkungan


TIPS MEMBACA BAHASA TUBUH ORANG LAIN



Mata
  • Mata berbinar misalnya, menunjukkan ketertarikan. 
  • Mata yang menatap ke bawah biasa bererti menghindari percakapan. 
  • Mata melihat ke samping kiri bawah biasa menunjukkan rasa malu atau bersalah. 
  • Mata menatap kanan biasa diertikan orang itu sedang memikirkan sesuatu di masa depan.


Telapak Tangan
  • Telapak terbuka menunjukkan orang itu sedang relaxed dan tenang. 
  • Telapak tangan tertutup atau mengepal baisa bererti orang itu sedang gugup. 
  • Jika kepalannya kencang, ada kemungkinan orang itu sedang marah.

Lengan
  • Lengan terbuka menunjukkan kejujuran dan penerimaan orang itu pada apa yang kita bicarakan. 
  • Lengan terlipat baisa bererti orang itu masih ragu-ragu dengan pendapat kita sehingga cenderung menutup diri.

Dagu
  • Tangan yang meraba dagu baisa bererti orang itu sedang berfikir atau mencuba memecahkan persoalan. 

Tangan
  • Tangan yang menggaruk-garuk leher atau kepala biasa diertikan orang itu sedang berfikir atau mencuba menemukan kata-kata yang tepat untuk diungkapkan. 
  • Jika gerakan tangan ini berlangsung terus-menerus dalam sebuah percakapan, kita bisa menebak orang itu sedang gugup dan kesulitan untuk mengutarakan perasaannya.


Kaki
  • Jika kakinya terbuka selebar bahunya ertinya orang itu percaya diri dan relaxed. 
  • Jika kakinya terbuka lebar melebihi bahunya, orang itu cenderung ingin menunjukkan dirinya berkuasa. 
  • Jika posisi kakinya sempit atau malah menghimpit satu sama lain, orang itu agak malu dan cenderung melindungi dirinya.


Emblem-Emblem yang Mengganbarkan Kesantunan Nonverbal


Ekspresi Muka


  • Ekspresi muka dapat menjadi sumber informasi yang menggambarkan keadaan emosional seseorang, seperti: perasaan takut, marah, jijik, muak, sedih, gembira, dan minat. 
  • · Orang lain dapat mengetahui perasaan kita dengan melihat ekspresi muka kita. 
  • · Dalam sesetengah budaya, muka yang masam ketika berjumpa dengan orang lain merupakan ekspresi yang tidak sopan. 
  • Suka atau tidak suka, lebih baik kita selalu senyum dan ramah ketika berjumpa dengan orang lain 


Mata

  • Daripada pandangan mata, dapat kita tahu tentang sikap seseorang, topik yang dia mahu bincang sekarang, benda yang diminatinya, perkara yang dia perhatikan dan sebagainya. 
  • Tatapan mata juga menunjukkan ketertarikan, tetapi ini mungkin berbeza antara budaya dan suku bangsa. 
  • Bagi sesetengah bangsa, berbicara dengan memandang lansung dianggap tidak sopan jika dilakukan kepada peserta yang lebih tua atau kedudukan sosialnya lebih tinggi. 
  • Jika melihat dengan 60% menatap langsung itu bermaksud seseorang itu tertarik. Ketertarikan adalah satu penghormatan terhadap lawan bicara. 
  • Tatapan 80 % itu biasa ditafsirkan ketertertarikan secara seksual. Pada situasi tertentu, tatapan ini ditafsirkan sebagai perbuatan yang tidak sopan. 
  • Tatapan 100%, iaitu melihat terus menerus tanpa berkedip, adalah tatapan yang bererti perlawanan. Orang berkelahi yang biasanya melakukan tatapan sebegini. Dalam kebanyakan situasi, tatapan sebegina dianggap sangat tidak sopan. 



Gerakan isyarat (gesture)


  • Gerakan isyarat adalah gerakan badan, kepala, tangan, dan kaki yang dimaksudkan untuk menyampaikan pesanan tertentu. 
  • Misalnya, apabila seseorang bertanya, jawapannya dapat ditunjukkan dengan menggunakan gelengan sebagai pengganti kata “tidak”. 
  • Begitu juga kita dapat menggunakan gerakan bahu apabila kita mahu menjawab sesuatu yang masih meragukan atau tidak tahu, 
  • Membuat ibu jari dan telunjuk berupa lingkaran untuk menyatakan “OK”, dan sebagainya. 
  • Mengangkat ibu jari yang mengarah ke atas menunjukkan pujian, manakala ibu jari yang mengarah ke bawah membawa maksud yang tidak baik. 



Sentuhan


  • Sentuhan banyak digunakan untuk memberikan dorongan, pernyataan kehalusan budi dan sokongan emosional 
  • Sentuhan lebih berkuasa dan berkesan daripada kata-kata. 
  • Misalnya, apabila seorang teman baru saja menerima berita buruk, suatu tepukan di bahu teman tersebut dapat menyenangkan hatinya dengan lebih berkesan berbanding dengan kata-kata yang diucapkan sebagai tanda memahami keadaannya. 
  • Sentuhan yang dianggap tidak bersopan bergantung pada bahagian tubuh yang menyentuh dan disentuh, interaktif dan cara sentuhan dilakukan. 
  • Ketika bertemu dengan orang lain, umumnya kita berjabat tangan sebagai tanda bersalaman. 
  • Jika kita bertemu dengan orang yang dinilai tinggi darjatnya seperti ulama, guru dan orang tua, mencium tangan, atau menyentuhkan pipi pada tangan boleh dilakukan sebagai satu tanda kesopanan dan penghormatan. 
  • Berjabatan tangan yang disertai penyentuhan pipi dilakukan untuk menunjukkan hubungan yang akrab dan mesra, biasanya dilakukan dalam kalangan kaum perempuan sahaja atau kaum lelaki sahaja. 



Sikap tubuh


  • Secaru umumnya, orang yang mempunyai status yang lebih rendah, lebih kaku dan kelihatan tegang 
  • Manakala orang yang berstatus lebih tinggi, biasanya kelihatannya lebih relaks. 
  • Berdiri kaku, agak menunduk, tangan disilang mengarah ke bawah adalah gestur paling umum bagi orang bawahan. 
  • Ketika dihidangkan makanan, kita dianggap tidak bersopan jika kita menolak hidangan tersebut atau mengkritik bahawa makanan tersebut tidak disukai atau tidak sedap dimakan. Di sebaliknya, kita haruslah mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah yang menghidangkan makanan tanpa memberi komen negatif terhadap makanan tersebut agar tidak menyakiti hati tuan rumah. 


KESANTUNAN LISAN

  • Penggunaan bahasa yang baik.
  • Apabila kita bercakap dengan seseorang, kita hendaklah bercakap dengan menggunakan bahasa yang bersopan dan beradab.
  • Contohnya, apabila kita hendak menegur seseorang kanalan kita, kita hendaklah menegurnya dengan memberi salam dan jangan menegur mereka dengan bahasa yang kasar.
  • Perwatakan dan keperibadian seseorang dapat dilihat apabila dia sedang bercakap dengan temannya.
  • Apabila kita menggunakan perkataan yang beradab, lemah lembut dan bersopan santun, ia dapat mencerminkan bahawanya kita merupakan orang yang mempunyai kesantunan berbahasa dan sebaliknya.
  • Penggunaan kata gelaran dan kata sapaan untuk dipanggil.
  • Sebagai contoh, apabila kita berjumpa dengan orang mungkin hampir sama baya dengan kita, kita hendaklah memanggil dia dengan nama yang sesuai dengan umurnya seperti saudara atau saudari.
  • Apabila kita berjumpa dengan orang yang lebih tua daripada kita hendaklah memanggil mereka pak cik kerana itulah nama yang sesuai bagi mereka.

KESANTUNAN PENULISAN


Conton Kesantunan Berbahasa dan Bahasa Sapaan dalam Penulisan Surat Rasmi & Memo 


  • Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki. 
  • Sehubungan itu sukacita dimaklumkan bahawa ... 
  • Yang Berbahagia Dato diundang ... 
  • Sayugia dimaklumkan bahawa Tuan Haji .........
  • “Saya bersetuju untuk meluluskan ...” lebih sopan lagi dengan frasa “Saya tiada halangan meluluskan ...” 
  • “Di sini saya kepilkan ...” lebih sopan lagi dengan frasa “Bersama-sama ini disertakan ...” 


CONTOH KESANTUNAN PENULISAN DALAM BAHAN PENULISAN


Cerpen : Harga Sebuah Lukisan

1. Menjemput orang lain makan sebelum menjamu selera.
• Maryati: ‘‘Marilah kita sama-sama menjamu selera, Kamal.’’


2. Mengambil berat terhadap orang lain 

• Pengawas pertandingan: ‘‘Hah, mengapa dengan kamu?’’

3. Menyedari dan mengakui kesilapan yang telah kita lakukan 

• Maryati: “Tapi maafkanlah aku. Aku tetap bersalah padamu walaupun kamu berterima kasih kepada aku.



4. Bersikap pemaaf terhadap orang yang memohon maaf kepada kita 

• Kamal memaafkan Maryati dan menghadiahkan sebuah lukisan kepadanya walaupun Maryati pernah mengkhianati Kamal.


Cerpen : Budi Semangkuk Daging

1. Berkongsi makanan dengan jiran kita 

• Puan Ainun sentiasa mencuba resepi baharu dan memberikan masakannya kepada jiran-jiran yang lain.
2. Menghormati adat budaya kaum lain 

• Puan Ainun menyedari bahawa penganut agama Hindu tidak makan daging lembu dan akhirnya dia menghantar semangkuk bubur kacang kepada Cik Punita.


3. Menyedari dan mengakui kesilapan yang dilakukan

• Puan Ainun sedar akan kesilapannya kerana sebelum ini dia menganggap penolakan makanan daripada Cik Punita sebagai satu penghinaan.



Cerpen : Mencari Nafas Baharu

1. Menggelar orang perempuan yang usianya lebih tinggi daripada kita sebagai kakak

• Ana: “Kakak, sudah bawa Milah ke hospital?”
2. Mengambil berat terhadap pelajar 

• Ana pergi ke rumah Milah untuk menziarahinya selepas dia mendapati Milah sakit dan berkeadaan lemah.
3. Sanggup berkorban terhadap pelajar 

• Ana ingin mendermakan sumsum tulangnya apabila disahkan sumsum tulangnya sesuai untuk Milah.

4. Percaya kepada Tuhan 

• Ana: Sesungguhnya, Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Soal hidup dan mati terletak pada tangan-mu.


Drama : Sebuah Perjuangan 

1. Memberi penghargaan kepada orang yang berjasa

• Pegawai Inggeris: Kamu mesti terima ini hadiah. Kompeni beri penghargaan kepada kamu yang telah memberi kerjasama.
2. Mengucapkan terima kasih selepas menerima hadiah 

• Jahul: Baiklah tuan. Terima kasih banyak tuan.


3. Memberi salam kepada tuan kita 

• Jahul: Selamat pagi, tuan.


4. Memberi pujian kepada orang yang berjasa

• Pangeran Syahbandar: Syabas, Awang! Syabas! Semangat dan sokongan begitu yang kita mahukan untuk meneruskan suatu perjuangan.







3 ulasan:

  1. hai, saya daripada IPG kampus pendidikan islam.. kami juga kena buat kesantunan verbal dan non verbal. Boleh tak berkongsi maklumat dapat dari sumber mana?
    terima kasih :)

    BalasPadam
  2. Dengan segala hormatnnya perkara tersebut di atas dirujuki
    Adakah ayat ini betul sebab frasa dirujuk ditulis dirujuki

    BalasPadam
  3. Harrah's Cherokee Casino Resort - Mapyro
    Search the most recent 포항 출장마사지 Harrah's Cherokee 양산 출장마사지 Casino 군포 출장안마 Resort 김포 출장안마 Hotels & Resorts, located 상주 출장샵 in Murphy and Cherokee, NC, US. Make booking a last minute hotel

    BalasPadam