Khamis, 15 Ogos 2013

ISU-ISU KESANTUNAN MASYARAKAT MALAYSIA


ISU PENDIDIKAN


Malaysia sekali lagi digemparkan dengan kes-kes sebegini.Kalau dulu kespelajar dibuli dan dipukul senior sampai mati, kali ini, kes guru agama pula yang memukul anak muridnya yang berusia hanya 7 tahun sehingga menyebabkan kematian.Mengapa perlu jadi begini? 

Kejadian yang berlaku di sebuah sekolah agama di Arau, Perlis ini, merupakan tragedi yang mengecewakan.Lebih-lebih lagi suspek, adalah merupakan tenaga pengajar sekolah agama.Mangsa, Saiful Syazani Saiful Sopfidee, dikatakan diikat di tingkap sekolah agama berasrama tersebut sebelum dibelasah gurunya yang berusia 26 tahun, atas sebab kesalahan mencuri RM 7.

Pelajar tersebut, yang dibelasah hampir 2 jam pengsan selepas kejadian akibat kecederaan di kepala dan tubuh badan akibat dipukul bertubi-tubi, dan tangisan serta rayuan mangsa tidak diendahkan.Dan yang paling tragis, ini adalah kali kedua mangsa dipukul oleh suspek atas disyaki mencuri.



Ulasan / pendapat: 


          Tugas-tugas yang harus dilaksanakan oleh seorang guru ialah mendidik generasi dengan cara yang betul,tetapi bukan memberi contoh yang salah kepada masyrakat.


          Tugas-tugas profesion seorang guru adalah untuk meneruskan atau transmisi ilmu pengetahuan, keterampilan dan nilai-nilai lain yang sejenis yang belum diketahui anak dan seharusnya diketahui oleh anak. 

          Tugas manusiawi adalah tugas-tugas membantu anak didik agar dapat memenuhi tugas-tugas utama dan manusia kelak dengan sebaik-baiknya. Tugas-tugas manusiawi itu adalah transformasi diri, identifikasi diri sendiri dan pengertian tentang diri sendiri. 


          Usaha membantu ke arah ini seharusnya diberikan dalam rangka pengertian bahawa manusia hidup dalam satu unit organik dalam keseluruhan integralitasnya seperti yang telah digambarkan di atas. Hal ini bererti bahawa tugas pertama dan kedua harus dilaksanakan secara menyeluruh dan terpadu. Guru seharusnya dengan melalui pendidikan mampu membantu anak didik untuk mengembangkan daya berfikir atau penalaran sedemikian rupa sehingga mampu untuk turut serta secara kreatif dalam proses transformasi kebudayaan ke arah keadaban demi perbaikan hidupnya sendiri dan kehidupan seluruh masyarakat di mana dia hidup. 


ISU MEDIA


KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Kerajaan melalui kementerian berkaitan 
perlu mengadakan pertemuan dengan semua penerbit filem agar kerjasama
yang dijalin mampu menghasilkan filem berkualiti selain dapat menterjemahkan
kemahuan kerajaan kepada masyarakat, kata seniman terkenal, Datuk Aziz Sattar.

Beliau turut mencadangkan agar dialog atau pertemuan seumpama itu diadakan
setiap enam bulan sekali bagi memastikan perkembangan dan kemahuan dalam
industri filem dapat dinilai oleh kerajaan secara adil dan pelbagai gejala yang
tidak sihat di dalam filem dapat dikekang sejak dari awal.

"Saya tidak mahu filem bercorak keganasan seperti penggunaan senjata api dan
pembunuhan bersiri dipersalahkan apabila timbul masalah itu dalam dunia realiti
hari ini. Pada masa yang sama penerbit filem harus menggalakkan unsur perpaduan
di dalam setiap filem yang dikeluarkan," katanya ketika dihubungi Bernama hari
ini.

Menurutnya filem yang menyokong perjuangan kerajaan kepada rakyatnya harus
dipergiatkan melalui simbolik di dalam filem untuk mendidik masyarakat agar
mereka mencintai keamanan dan bukan keganasan.

Ulasan/ pendapat: 

Seluruh dunia termasuklah Malaysia sedang menuju ke arah modenisasi dan globalisasi. Tidak hairanlah bahawa setiap keluarga mempunyai sekurang-kurangnya sebuah televisyen. Kini, televisyen boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja berbanding dengan masa dahulukala dan telah pun menjadi sebahagian keperluan hidup masyarakat. Di Malaysia, kanak-kanak secara keseluruhannya lebih banyak menonton televisyen berbanding mendengar radio. Mengapa? Hal ini demikian kerana televisyen merupakan satu medium yang menceritakan sesuatu dengan gabungan suara, muzik, gambar dan gerakan. 

.Secara tidak langsung, kenyataan ini telah menimbulkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan ibu bapa tentang mesej yang cuba disampaikan melalui iklan dan cerita kartun. Mereka berpendapat bahawa terdapat semakin banyak unsur negatif yang dipaparkan seperti keganasan. Menurut Sandra L. Calvert dalam bukunya “Children’s Journeys Through the Information Age” telah menyatakan, dalam rancangan televisyen yang disiarkan ketika masa kemuncak, 70 peratus daripada rancangan televisyen tersebut mengandungi unsur-unsur keganasan. Aksi-aksi ganas ini ditunjukkan sebanyak 5 kali dalam satu jam dan hampir kesemua watak dalam program televisyen melibatkan diri dalam kegiatan yang ganas malah melibatkan pembunuhan.

Sebenarnya, kandungan keganasan dalam cerita kartun kanak-kanak adalah lebih banyak berbanding dengan rancangan televisyen yang lain. Contohnya, cerita kartun “Ben 10” yang memaparkan aksi-aksi pergaduhan untuk menentang makhluk-makhluk asing. Hal ini menjadi kebimbangan utama para ibu bapa kerana kanak-kanak yang menontonnya akan mengikuti aksi-aksi melawan yang dimainkan oleh watak Ben.
Menurut artikel Teresa yang merupakan salah seorang staf daripada organisasi ‘The Cute Kid’ berpendapat bahawa media membawa kesan yang baik dan buruk kepada kanak-kanak. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik kanak-kanak tentang isi kandungan yang dipaparkan oleh media. Sering kali, media memaparkan stereotaip tentang orang dan kaum-kaum yang berbeza. Kanak-kanak yang tidak mempunyai sebarang pengetahuan dan pengalaman akan menerima apa-apa sahaja yang mereka menonton dalam televisyen.

Antara peranan ibu bapa dalam mendidik anak-anak ialah mereka boleh memberikan pendapat mereka apabila sesuatu yang dipaparkan oleh media adalah tidak tepat. Selalunya, media memaparkan stereotaip terhadap kaum dalam filem-filem atau drama. Contohnya, kaum hitam sering kali dianggap sebagai penjenayah manakala kaum putih pula selalu diagung-agungkan seperti dalam cerita James Bond. Golongan Mexican pula dilihat sebagai perogol dan pembunuh seperti dalam cerita The Yellow Menace. Selepas tahun 1920, golongan hitam dianggap sebagai pengganas dan pembunuh seperti dalam cerita Birth of Nation. Dengan stereotaip-stereotaip tersebut, kanak-kanak akan berpendapat bahawa itulah kebenaran yang wujud dalam realiti sedangkan itu hanya merupakan adegan-adegan atau kandungan dalam media sahaja.

Selain itu, ibu bapa boleh memberitahu anak-anak tentang tindakan keganasan yang dipaparkan dalam media adalah berbahaya dan tidak benar. Kandungan dalam media yang sering kali menjadi kebimbangan ibu bapa adalah pergaduhan (keganasan), pergaulan bebas (seks) dan minuman keras (alkohol). Satu penyelidikan telah dijalankan oleh RAND dan University of North Carolina tentang remaja yang didedahkan kepada topik dan aksi-aksi seks dalam media lebih cenderung untuk melakukan perbuatan yang sama. Salah seorang pengkaji, Doktor Brown, mengatakan bahawa:
"Teens are defaulting to entertainment media for sexual information because they aren't getting this information in other places. Unfortunately, the media aren't the best sex educators. The media tend to leave out the crucial three C's: commitment, contraception and consequences."

Berdasarkan huraian dan perbincangan yang telah dinyatakan di atas, kita dapat melihat bahawa media sememangnya mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku kanak-kanak. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka supaya dapat membezakan dunia dalam media dan realiti. Ibu bapa haruslah bersikap sabar dan meluangkan lebih banyak masa membuat penerangan kepada anak-anak mereka mengenai mesej yang disampaikan dalam media dan bukannya memberikan kepercayaan sepenuhnya kepada mesej media yang diketengahkan. Hal ini akan mengelakkan kanak-kanak daripada mendapat pengaruh negatif dalam media.


ISU TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI



MELAKA - Polis hari ini mengingatkan orang ramai di Melaka agar tidak terlibat dengan penyebaran kenyataan berunsur hasutan melalui SMS atau media sosial bagi memecahkan perpaduan kaum di negara ini.

Ketua Polis Melaka, Datuk Chuah Ghee Lye berkata, pihaknya mengesan penyebaran SMS dan di laman sosial mengenai hasutan bersifat perkauman dalam bahasa Cina yang diterjemah ke bahasa Melayu bertujuan menaikkan kemarahan kaum Melayu di negeri ini.

"Saya percaya khabar angin berbaur hasutan ini disebarkan pihak yang tidak bertanggungjawab dan mempunyai keinginan untuk mencetuskan huru-hara di negara kita ini kerana tidak berpuas hati dengan pilihan raya lepas," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, tindakan itu tidak seharusnya berlaku dan rakyat perlu menerima keputusan pilihan raya dalam keadaan tenang dan kembali hidup bermasyarakat dengan harmoni.


Ulasan/ pendapat: 

Kita tidak harus menyebarkan khabar angin yang tanpa bukti,kerana ia merupakan satu kesalahan yang tidak beramanah. Hasutan mungkin akan menyebabkan konflik antara pelbagai kaum dan menjejaskan harmoni masyarakat.Selain itu, khabar angin yang tak betul akan menyebabkan masyarakat memandang sesuatu perkara atau seseorang dengan salah .Konklusi,kita haruslah mengelakkan amalan hasutan.

ISU GEJALA SOSIAL


PEKAN: Seorang jemaah yang baru hendak melangkah masuk ke dalam masjid awal pagi semalam, terkejut mendengar tangisan bayi yang diselimuti kain pelikat ditinggalkan di tepi pintu masjid Kampung Lamir di sini. 

Khasli Mohd Razali, 48, berkata beliau menemui bayi lelaki berkenaan bersama botol susu, beg plastik berisi lampin pakai buang, sekotak susu dan pakaian di sisinya.

Bimbang keselamatan bayi itu, beliau memanggil penduduk yang tinggal bersebelahan masjid untuk melihatnya sebelum imam masjid menghubungi polis.
Katanya, terdapat kesan gigitan nyamuk pada muka bayi berkenaan yang mungkin ditinggalkan di situ antara dua hingga tiga jam. 

“Mungkin kerana lapar, bayi itu menangis yang turut didengari seorang penduduk yang tinggal hampir dengan masjid berkenaan.

“Perbuatan meninggalkan bayi yang tidak berdosa ini suatu tindakan tidak berperikemanusiaan,” katanya yang bertugas dengan syarikat membuat kenderaan di Peramu Jaya, di sini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, bayi seberat 2.9 kilogram dan dipercayai keturunan Melayu kini ditempatkan di Hospital Pekan untuk rawatan lanjut.
Katanya, orang ramai yang melihat atau ada maklumat mengenai pembuangan bayi itu diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan kes.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya.
Yahaya berkata, kejadian itu adalah yang pertama tahun ini membabitkan kes meninggalkan bayi di daerah ini, kes sama pernah berlaku dua tahun lalu.


Ulasan/ pendapat: 

Hampir setiap hari kita mendengar kes pembuangan bayi yang berlaku di media cetak mahupun elektronik. Statistik kes ini menunjukkan peningkatan yang ketara dari tahun ke tahun dan bukan lah sesuatu yang boleh di banggakan bagi Malaysia sebagai sebuah negara Islam. 
Kehidupan generasi muda masa kini yang bertunjangkan keseronokan duniawi telah mengheret mereka ke kancah pergaulan bebas tanpa mengira batas-batas agama. Akibat terlalu ghairah mengejar kenikmatan dunia, ada di kalangan masyarakat di luar sana yang alpa sehingga terjebak dengan perbuatan zina sehingga mengandungkan anak luar nikah. Agak menyedihkan apabila berlakunya kes-kes sebegini, semua bangsa yang majoritinya melakukan perbuatan terkutuk tersebut. Apabila tiada pegangan agama, inilah akibatnya apabila pasangan tersebut menghalalkan perbuatan haram dengan melakukan penzinaan. Akibat perbuatan haram pasangan tersebut, bayi yang tak berdosa menjadi mangsa kezaliman dunia. 

Dalam hal ini selain daripada kesedaran diri sendiri dan bimbingan dari ibu bapa, kerajaan juga perlulah mengambil langkah tegas untuk membendung perbuatan ni supaya isu seks bebas tidak dianggap sebagai budaya negara kita seperti negara-negara barat supaya tidak di jadikan contoh untuk generasi akan datang. 



ISU SIKAP IBU BAPA DAN MASYARAKAT

Dalam insiden terbaru pula, dilaporkan seorang guru lelaki berusia 28 tahun ditampar ibu seorang pelajar yang marah dan tidak berpuas hati dengan tindakan guru menampar anak wanita itu di sebuah sekolah menengah di Perlis.

Kejadian dilaporkan berpunca daripada masalah disiplin membabitkan pelajar lelaki tingkatan satu dari sekolah berkenaan. Walaupun pihak sekolah cuba menjernihkan semula keadaan dengan mendamaikan kedua-dua pihak namun wanita berkenaan masih tidak puas hati bertindak menampar guru terbabit di hadapan pengetua dan guru lain.

Ulasan/ pendapat: 

Zaman sudah berubah,dahulunya kita di bangku sekolah cukup takut kepada guru,takut bukan kerana guru itu jahat,tetapi takut kerana guru cukup dihormati,hinggakan murid murid tidak terasa hati jika dimarahi atau dirotan oleh guru,paling teruk pun selepas dirotan akan merungut kerana menahan kesakitan,selepas itu kembali menegur guru yang merotan tadi seolah olah tiada apa apa yang berlaku.Walaupun berbekas dek kerana dirotan,namun tidak berbekas dihati atau mendendami guru,kerana anak anak sudah dididik supaya menghormati guru,malah ibu bapa ketika itu beranggapan telah menyerahkan tanggung jawab mendidik anak mereka maka guru berhak merotan demi kebaikan dan mendisplinkan anak anak. 

Cara mendidik anak anak pada masa sekarang jauh berbeza,Ibu Bapa zaman sekarang mengajar anak supaya tidak menghormati guru atau lebih tepat lagi tidak mengajar anak anak supaya menghormati orang yang lebih tua.

Pisau cukup bersyukur ,kerana dengan rotan,penampar dan cubitan di perut oleh guru telah mendisplinkan diri agar lebih tekun belajar,menjadi lebih berhemah dan rajin,walaupun seperti remaja lain,agak nakal,namun soal pelajaran tidak diabaikan ,balik saja dari sekolah dah kelam kabut buat homework ,takut tak siap nanti esok kena rotan atau didenda lari 10 pusingan dipadang sekolah. Secara tak langsung telah mendidik Pisau lebih berdisplin dan tekun belajar. Kalau kena rotan di sekolah,balik rumah kalau report kat mak bapak,comfirm kena makan penampar atau kena double rotan, sebabnya kalau hang baik dengar cakap guru hang takkan kena rotan atau kena denda.Hah itulah didikan ibu bapa dulu cukup berbeza.

Pisau tidak terkejut jika berlakunya kes kejadian anak tidak menghormati ibu bapa,kes anak meninggalkan ibu atau bapa ditepi jalan,ini kerana sikap ibu bapa sendiri yang terlalu protective tak bertempat.Akhirnya yang rosak adalah anak itu sendiri.

Kementerian Pelajaran harus menguatkuasakan undang undang,jika ibu bapa terlibat mencampuri urusan guru di sekolah harus diambil tindakan undang undang,malah jika anak terlalu kurang ajar dan menyerang guru,ibu bapa mereka harus dihukum,kerana tidak pandai mendidik anak menjadi kurang ajar dan tidak bermoral.

Harus diingat,didikan agama juga harus diterapkan agar tatasusila ,berakhlak mulia dan bermoral anak anak dapat dibentuk sejak dari kecil.

Apa apa pun,semuanya bermula dari rumah,elok didalam rumah tu,elok lah anak anak.
Pisau kata ” anak kurang ajaq,mak bapak lagi tak boleh diajaq” 

ISU PERTEMBUNGAN BUDAYA

JOHOR BAHRU: Polis menerima enam laporan daripada pelbagai pihak berhubung tindakan pengurusan sebuah resort di Sedili Besar, Kota Tinggi yang membenarkan surau di resort itu digunakan penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan. 

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata pasukan khas yang diketuai Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim akan menjalankan siasatan segera selepas polis mendapat kebenaran mahkamah hari ini untuk menahan reman pemilik resort itu.

"Polis meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya dan penulis blog juga digesa supaya tidak mencetuskan keadaan lebih buruk yang boleh menimbulkan kemarahan masyarakat menerusi penulisan mereka," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor di sini hari ini.
Mohd Mokhtar berkata pihaknya juga sudah mengeluarkan arahan kepada Ketua Polis Daerah Kota Tinggi supaya mengadakan pertemuan dengan masyarakat setempat bagi mententeramkan keadaan. 

Akhbar sebelum ini melaporkan, penduduk sekitar perkampungan nelayan Sedili Besar gempar apabila bangunan yang didirikan di sebuah kawasan resort sebagai surau dicemari upacara sembahyang agama lain.

Upacara sembahyang oleh penganut Buddha itu disedari seorang pengunjung resort yang ingin menunaikan solat Asar pada petang Sabtu.

Sehubungan itu, polis semalam menahan pemilik resort berkenaan, seorang lelaki berumur 45 tahun untuk membantu siasatan.
Dalam perkembangan lain, Mohd Mokhtar berkata pihaknya sedang menunggu laporan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang dijangka diperoleh esok untuk melakukan siasatan lanjut terhadap seorang lelaki menggunakan nama Alan Tang yang didakwa menghina agama Islam melalui status yang dimuat naik dalam akaun Facebook miliknya.

Beliau berkata polis setakat ini sudah menerima empat laporan daripada orang ramai berhubung isu berkenaan dan siasatan segera akan dilakukan bagi membolehkan kertas siasatan lengkap dikemukakan kepada pihak pendakwa raya.

Tang baru-baru ini dilaporkan memuat naik kad ucapan Aidilfitri di laman sosial Facebook dengan memaparkan gambar kepala babi bersama ketupat dan lemang dengan ucapan 'for malay muslim...Selamat hari buat semua, nikmati hidangan head roast pork with ketupat'.

Tang sebaliknya mendakwa terdapat individu lain yang meniru foto serta namanya di laman Facebook, sekali gus memfitnahnya menulis status yang menghina Islam. – BERNAMA 

Ulasan/ pendapat: 

Malaysia terkenal dengan keunikannya yang mempunyai penduduk berbilang kaum serta hidup rukun damai sejak kemerdekaannya 56 tahun lalu. Inilah yang menjadi resepi dan pemangkin ke arah pencapaian kejayaan negara.Sebab itu, kita haruslah memahami agama dan budaya kaum lain untuk mengelakkan menyentuh sensitif kaum lain.hal ini dapat mengekalkan perpaduan antara kaum. Sebagai rakyat yang prihatin, di bahu kitalah tergalasnya tanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian ini. 

Di antara kepentingan memelihara perpaduan kaum ialah untukmewujudkan suasana kehidupan bermasyarakat yang aman dan harmoni. Semangat saling menghormati dan memahami antara satu sama lain mampu mengelak sebarang perasaan negatif seperti hasad dengki, pentingkan diri sendiri dan lain-lain. Hubungan baik yang terjalin erat bukan sahaja menjadi asas kehidupan yang tenteram bahkan juga memakmurkan negara. Sebagai contoh, setelah melewati setengah abad negara Malaysia mencapai kemerdekaan, telah banyak perubahan positif yang berlaku. Malah negara malaysia juga sudah terkenal sebagai sebuah negara membangun.

Selain itu, kehidupan yang harmoni juga merupakan jambatan utama menuju kemajuan. Negara yang sejahtera membolehkan rakyatnya mengambil peluang meningkatkan taraf hidup. Semua pihak dapat berganding bahu memikul tugas masing-masing tanpa sebarang perasaan syak wasangka. Hasilnya, negara kita akan membangun dengan stabil merangkumi segenak aspek kehidupan. Pembangunan pesat negara kita setanding dengan negara-negara maju di dunia.

Kesimpulannya, kemajuan dan kemakmuran sesebuah negara itu amat bergantung pada hubungan baik yang terjalin antara masyarakat. Perumpaan; ‘bersatu teguh, bercerai roboh’ begitu sinonim dengan usaha mengekalkan perpaduan kaum demi kesejahteraan hidup.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan