Ahad, 13 Oktober 2013

ISU PENDIDIKAN

PENGERTIAN PENDIDIKAN
  • Pendidikan merupakan usaha untuk mendapatkan pengetahuan baik itu secara formal melalui sekolah ataupun secara informal melalui aktiviti harian .
  • Fungsi Pendidikan adalah untuk mewujudkan suasana belajar dan proses pembelajaran agar peserta didik secara aktif mengembangkan potensi dirinya untuk memiliki kekuatan spiritual keagamaan, pengendalian diri, kepribadian, kecerdasan, akhlak mulia, serta keterampilan yang diperlukan dirinya dan masyarakat.


GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

DEFINISI GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

  • Globalisasi bererti fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.
  • Dengan globalisasi guru dapat meningkatkan kemahiran ICT dan interaksi global yang mana ianya meluaskan konsep pembelajaran mengatasi bilik darjah. Contohnya, dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, guru dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang merentasi penyediaan pengalaman murid tanpa terbatas.
  • Selain itu, menerusi globalisasi ianya dapat meluaskan pengetahuan guru secara global. 
  • Dengan globalisasi ianya meletakkan profesion keguruan sebagai satu profesion yang penting. Ini kerana berjayanya sesebuah negara adalah dengan berjayanya negara itu menghasilkan modal insan berguna yang akan membangunkan negaranya setaraf dengan negara maju yang lain.
  • Meluaskan lagi program pensiswazahan guru bagi memperbaiki taraf kualiti dan taraf profesionalisme guru setanding dengan guru-guru di negara luar agar produk yang dihasilkan mampu membangunkan negara kita dengan lebih maju dan berjaya.

Terdapat perubahan kurikulum terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan seperti:

1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia. 

2. Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran.

3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara. 
4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru.



Beberapa perisian baru telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah (School Management Information System) bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Dengan aplikasi tersebut ianya sedikit sebanyak membantu dalam pengurusan pendidikan seperti:
  • Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan.
  • Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya. 
  • Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan pelajar.
  • Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses dan menyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar
  • Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.
  • Pembinaan jadual waktu guru.
  • Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urusan rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru.


Aspek berkaitan keperibadian guru, budaya sekolah dan aktiviti-aktiviti kokurikulum kerana perkara tersebut memberi impak tersendiri dalam pembentukan moral pelajar seperti di bawah: 


1. Keperibadian guru: Guru perlu menampilkan perawakan yang positif terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Perwatakan guru yang jujur, amanah, bersopan santun, penyayang, penyabar, sedia memberi pertolongan, sedia berkorban dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya dapat menjadi contohan pelajar. Guru juga perlu membawa watak orang yang taat kepada amalan agama.

2. Budaya sekolah: Budaya sekolah yang mempraktikkan sikap amanah, ketekunan, cintakan kecemerlangan, berkasih sayang, bertolong bantu, kesantunan akhlak dan mengamalkan kehidupan beragama adalah elemen-elemen yang perlu dihidupkan dan dihayati secara berterusan. Aspek tersebut merupakan nilai yang seharusnya diberikan perhatian secara bersungguhsungguh oleh pihak pentadbiran sekolah

3. Aktiviti kokurikulum: Aktiviti seperti pakaian beruniform, persatuan, kelab dan kegiatan sukan dapat memberi input penting kepada pembentukan sahsiah pelajar. Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan sikap positif terhadap semangat bekerjasama, berdikari, tolong menolong, semangat cinta akan negara dan berdisiplin.

KESAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

KESAN POSITIF
  • budaya pembelajaran sepanjang hayat 
  • kebolehan berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa 
  • menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian 
  • pendidikan Negara terbuka kepada dunia luar 


KESAN NEGATIF
  • kadar pengangguran semakin meningkat 
  • pengaliran keluar sumber manusia yang berkepakaran ke luar negara 
  • meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda 
  • perdagangan pendidikan 
  • penyebaran sumber-sumber yang tidak bersesuaian dengan intelek dan rohani 
  • berlaku penindasan dalam merampas peluang dan sumber bagi kemajuan sistem pendidikan sesebuah negara

KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN
  • Kepelbagaian kaum yang wujud di dalam bilik darjah di Malaysia adalah satu gambaran sebenar tentang kepelbagaian budaya dan bahasa dalam masyarakat. 
  • Kepelbagaian ini telah menimbulkan beberapa isu penting di dalam bilik darjah.
  • Sistem dan falsafah pendidikan telah lama bermula sejak zaman dahulu lagi. 
  • Pendidikan dapat ditakrifkan sebagai satu aktiviti perkembangan dan penyuburan pemikiran dimana meliputi pendidikan formal dan pendidikan bukan formal. 
  • Pendidikan juga merupakan satu usaha sistematik yang disengajakan,yang dibuat oleh sesuatu masyarakat untuk menyampaikan pengetahuan, nilai, sikap dan kemahiran kepada ahlinya dalam usaha memperkembangkan potensi individu dan perubahan yang berlaku dalam diri manusia. 
  • Manakala pendidikan pelbagai budaya atau kaum boleh dikatakan sebagai sebuah struktur pendidikan, komitmen, dan proses yang menggambarkan realiti budaya majmuk di Malaysia. 
  • Kepelbagaian kaum atau budaya kadang kala dilihat menjadi satu bentuk ketaksamaan peluang dalam pendidikan.
  • Kepentingan pendidikan pelbagai budaya membantu dalam memahami budaya sesuatu kaum. 
  • Namun begitu masalah ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia masih memerlukan usaha yang lebih dan berterusan dalam menjamin pendidikan dapat diberi kepada semua rakyat.

Faktor-Faktor Berkaitan dengan Ketaksamaan Peluang Pendidikan Di Malaysia

FAKTOR KELAS SOSIAL
  • Pada zaman sekarang, faktor kelas sosial yang mempengaruhi pencapaian akademik murid ialah seperti tahap ekonomi dan tahap kesihatan. 
  • Perbezaan antara murid miskin dan murid berada dapat dilihat dari segi kemudahan mendapatkan bahan-bahan rujukan, kemudahan untuk mendapatkan rawatan atau makanan berkhasiat.
  • Murid berada tentunya akan memperolehi peluang yang jauh lebih baik. 
  • Selain itu,faktor kelas sosial seperti suasana tempat tinggal yang lengkap, struktur kekeluargaan juga memainkan peranan dalam pembentukan kelas sosial dalam masyarakat.

FAKTOR JANTINA
  • —Faktor jantina juga memainkan peranan dalam ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia.
  • Ini kerana, kebanyakkan murid perempuan dan lelaki lebih cenderung untuk memilih matapelajaran yang bersifat lebih kearah mereka. 
  • —Seorang penyelidik, Aminah Ahmad ( 2000) menyatakan bahawa penglibatan wanita menggalakkan tetapi masih wujud segreagasi mengikut gender terutamanya dlam pendidikan sekolah menengah teknik atau vokasional, dan juga institusi pengajian tinggi seperti di politeknik.

FAKTOR DARIPADA KUMPULAN MINORITI DAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

  • Terdapat 2 kelompok yang dikatakan sebagai kumpulan minoriti didalam faktor ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia, kelompok yang pertama ialah dari kumpulan etnik dalam sesebuah masyrakat dimana kumpulan etnik ini mempunyai jumlah yang sangat kecil dan tidak mampu mempengaruhi kumpulan etnik yang lain. 
  • Mereka adalah kaum Siam, Baba dan Nyonya serta masyarakat pedalaman kaum Asli, Kadazan, Murut dan sebagainya. 
  • Mereka ini tidak menerima pendidikan formal malah sebaliknya melalui keturunan ibu bapa mereka sahaja. 
  • Kaum Siam contohnya, mengalami masalah untuk menghantar anak mereka ke sekolah kerana tiada sekolah yang khusus seperti SK, SKJC atau SKJT. 
  • Mereka hanya mempunyai pilihan untuk menghantar anak ke salah satu pilihan sekolah tersebut.
  • Kelompok yang kedua ialah kumpulan minoriti di sekolah yang dikategorikan sebagai kumpulan yang bersifat negatif. 
  • Tingkah laku mereka yang bermasalah boleh menggugat ketenteraman sekolah walaupun mereka dikategorikan sebagai kumpulan minoriti. 
  • Oleh hal yang demikian, pihak sekolah perlu menyediakan pelbagai alternatif lain supaya mereka ini tidak mengalami keciciran dalam proses pembelajaran di sekolah.

Isu-Isu Utama Berkaitan dengan Ketaksamaan Peluang Pendidikan Di Malaysia


JURANG PENDIDIKAN

  • Jurang yang utama ialah jurang diantara bandar dan luar bandar dimana ketaksamarataan dari segi penyediaan infrastruktur dan penempatan guru terutama di sekolah Orang Asli dan pedalaman. 
  • Jurang seterusnya ialah jurang digital iaitu perbezaan dari segi akses kepaada kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi dan jurang antara murid. 
  • Jurang ini ialah jurang antara tahap pencapaian murid dimana kelemaha murid dalam menguasai 3 M. 
  • Seterusnya ialah jurang anatara pelajar normal dan pelajar berkeperluan khas dimana perbezaan penyediaan pelbagai kemudahan yang sesuai bagi pelajar berkeperluan khas. 

ORANG ASLI, INDIGENOUS DAN MASYARAKAT PEDALAMAN

  • Orang Asli merupakan masyarakat yang tinggal di dalam atau pinggir hutan. 
  • Orang Asli satu komuniti yang kaya dengan ilmu pengetahuan mengenai lama semulajadi. 
  • Namun begitu, kadar keciciran di kalangan murid Orang Asli dalam pendidikan adalah yang tertinggi. 
  • Masalah ini mempunyai kaitan dengan taraf sosioekonomi yang rendah dalam kalangan Orang Asli. 
  • Kemampuan ibu bapa Orang Asli terbatas untuk menghantar dan menyekolahkan anak-anak mereka kerana beranggapan mencari nafkah lebih menjadi keutamaan dari mendapatkan pendidikan. 
  • Taraf ekonomi yang rendah juga menyebabkan kebanyakkan kanak-kanak Orang Asli menghadapi masalah kesihatan kerana tidak mendapat makanan yang seimbang.

Cara sebagai Seorang Guru untuk Menangani Isu Tersebut di dalam Bilik Darjah.

1. Mengawal dan menguruskan bilik darjah

2. Melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran 

3. Tidak mengelompokkan murid mengikut kaum mereka tertentu sahaja.


4. Memberi perhatian dan bersifat lebih sensitif supaya murid yang datang dari kelas sosial yang rendah tidak berasa tersisih dan malu terhadap rakan mereka yang datang dari kelas sosial atasan. 

5. Menggalakkan murid –murid untuk bergaul dengan bebas tanpa ada sekatan budaya. 


6. Menerapkan nilai murni di dalam kelas yang mempunyai perbezaan kelas sosial dengan menggalakkan murid dari kelas atasan untuk saling membantu murid dari kelas sosial bawahan serta meningkatkan keyakinan diri murid kelas sosial bawahan.

7. Peka terhadap amalan dan kepercayaan yang dipegang oleh murid.
8. Mengelakkan dari menyentuh atau mempertikaikan amalan kepercayaan murid.
9. Merancang aktiviti pengajaran yang sesuai supaya mereka tidak tersinggung. 

10. Bijak bertindak sekiranya berhadapan dengan situasi dimana berlakunya pertelingkahan atau perselisihan faham antara murid yang melibatkan kaum yang berbeza atau berlainan kelas sosial atau berlainan jantina. 


11. Mampu melihat masalah dari sudut pandangan yang berlainan, belajar berunding dan menjadi pengantara apabila konflik menjadi hangat kerana secara tidak langsung mewujudkan kerjasama dalam kehidupan dan pembelajaran di sekolah. 

12. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dapat melibatkan lebih ramai murid perempuan apabila wujud ketaksamaan peluang antara pelajar permpuan dan pelajar lelaki dalam sesetengah mata pelajaran.
Selain itu, ,  seperti matapelajaran berkaitan dengan kejuruteraan. Seakan menjadi kebiasaan, kebanyakan murid lelaki lebih banyak terlibat, oleh itu guru perlu
Ini dapat membuka peluang untuk pelajar perempuan untuk berkecimpung dalam bidang yang dimonopoli oleh lelaki.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan