Ahad, 13 Oktober 2013

KEMAHIRAN KOMUNIKASI



Enam elemen yang terdapat dalam komunikasi
1. Kandungan (apakah yang disampaikan?)
2. Penghantar/Sumber/Pengekod (oleh siapa?)
3. Bentuk (apakah bentuknya?)
4.Saluran (apakah perantaranya?)
5. Penerima/Sasaran/Penyahkod (kepada siapa?)
6.Tujuan.

Kategori Komunikasi
1. Komunikasi Interpersonal – berhubungan dengan individu lain samaada seorang /lebih)
2. Komunikasi Intrapersonal - pemikiran (taakulan),  meditasi (bercakap dengan diri 
                                                         sendiri),  monolog.

Komunikasi Berkesan
1.Penerangan yang jelas 
2.Menunggu giliran untuk bercakap 
3.Tidak ada yang baik dan buruk 
4.Membantah dengan tenang 
5.Berkomunikasi dengan berkesan (pendek dan jelas)
6.Bertentang mata
7. Duduk/Berdiri tegak
8. Berkomunikasi dengan nada biasa
9. Bercakap bila perlu
10. Menerima tanggungjawab tanpa memberi helah
11. Meminta pertolongan dengan baik
12. Menggunakan empati (berusaha menyelam perasaan orang lain) tetapi bahasa yang 
       dihormati

Ciri-ciri Perhubungan Yang Efektif
( Kajian oleh W.C.Redding dan F.M. Jablinpakar psikologi)
1.Mereka percaya komunikasi yang betul adalah penting.
2.Mereka pandai mendengar dengan empati dan sedia membuka telinga kepada orang-
    orang bawahan.
3.Mereka suka menggunakan teknik-teknik bertanya dan mendorong orang-orang bawahan 
    apabila mengarahkan mereka melakukan tugas. (tidak menyuruh-nyuruh/mengarah-arah)
4. Mereka menjaga air muka dan maruah orang bawahan, mereka mengkritik secara tertutup 
5. Mereka bersikap terbuka dengan maklumat. Mereka suka memberitahu awal-awal lagi 
    apabila ada perubahan yang terjadi dan selalu menerangkan alasan-alasan di sebalik 
    semua arahan dan dasar.

Komunikasi Tidak Berkesan : 
1.Mencaci dan menggunakan bahasa yang kasar 
2.Mengganggu semasa seseorang sedang bercakap 
3.Bercakap tanpa henti atau terlalu diam 
4.Mengalih pandangan ke tempat lain semasa bercakap 
5.Bercakap sambil lewa 
6.Menjerit

Prinsip-prinsip Komunikasi Berkesan
1.Mengekalkan pandangan mata dan ekspresi muka yang bersesuaian 
2.Mendengar dengan minat 
3.Memberi perhatian terhadap perasaan orang lain
4.Membuat refleksi apa yang anda faham daripadanya 
5.Secara jujur luahkan bagaimana perasaan anda sama ada baik atau buruk tanpa menyakiti 
    pendengar .

Keberkesanan Mendengar
1.Dengar dan tunjukkan bahawa anda mendengar dan memahami perasaan mereka 
2.Tingkatkan hubungan mata dan tunjukkan bahawa anda mendengar dengan penuh minat. 
    Sila beri perhatian.
3.Mengakui yang anda mendengar dengan menggunakan perkataan yang mudah seperti 
    “oh, “ok”…”um..hhhmm”
4.Ulangi apa yang telah diperkatakan dan tunjukkan yang anda faham apa yang diperkatakan.

Tujuan-tujuan Umum Komunikasi : 
1.Menimbulkan kesan-kesan positif kepada individu lain – cerita kejayaan /pengalaman 
2.Mendorong /mempengaruhi pemikiran individu lain. Contoh : ahli politik mempengaruhi 
    pengundi 
3.Menjadi usahawan yang berjaya – berupaya mempengaruhi pegawai-pegawai kerajaan, 
    kakitangan bank, para pelabur dan pelanggan 
4.Kenaikan pangkat – mempengaruhi mereka yang menilai bakat , potensi dan prestasi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan