Ahad, 13 Oktober 2013

Kepentingan dan kebaikan 
mendengar

PENGENALAN : 

  • Definisi : Memberikan perhatian kepada setiap perkataan yang kita dengar daripada orang lain. 
  • Mendengar merupakan perkara yang sangat penting dalam komunikasi. 
  • Mendengar merupakan cara berkomunikasi yang kerap digunakan & biasanya diikuti oleh aktiviti membaca, bercakap & menulis.


KEPENTINGAN KOMUNIKASI (MENDENGAR)

MEMPELAJARI (LEARNING)
  • Membolehkan kita memperolehi maklumat tentang dunia dan diri sendiri 
  • Membantu kita untuk mengelakkan diri daripada masalah dan buat keputusan yang lebih baik. 
  • Contoh : Pengalaman yang diceritakan oleh kawan yang melawat negara Cuba dapat membantu kita mengenali lebih banyak tentang dirinya dan kehidupannya.

HUBUNG KAIT (RELATING)
  • Memberikan perhatian dan sokongan semasa mendengar. 
  • Diterima oleh masyarakat dan populariti meningkat.

MEMPENGARUHI (INFLUENCING)
  • Mendengar dapat membantu seseorang mengubah sikap dan kelakuan orang lain. 
  • Seseorang akan mengikut nasihat sekiranya kita mendengar masalah mereka.

HIBURAN (PLAYING)
  • Pelajar mendengar lagu sambil membuat tugasan. 
  • Kita mampu mengimbangi dunia perkerjaan dan hiburan. 
  • Menyeronokkan sekiranya kita berkongsi fikiran dan perasaan.

MEMBANTU (HELPING)
  • Anda sebenarnya membantu orang lain dengan mendengar. 
  • Kaunselor mendengar dan memberikan nasihat kepada pelajar yang bermasalah.

PROSES MENDENGAR

1. MENERIMA
  • Mendengar
  • Attending
2. KEFAHAMAN
  • Mempelajari
  • Menerang
  • Bermaksud
3. MENGINGAT
  • Mengimbas kembali
  • Kekal
4. MENTAFSIR
  • Mengadili
  • Kritik
5. TINDAK BALAS
  • Menjawab
  • Memberi maklum balas

MENERIMA (RECEIVING)
  • Peringkat pertama bagi proses mendengar ialah menerima.
  • —Proses mendengar bermula dengan menerima mesej yang dihantar oleh penyampai.
  • —Mesej dapat diterima dalam 2 bentuk iaitu : 
          1.verbal (lisan) : kawalan suara (nada, cara sebutan)  
          2.non-verbal( bukan lisan) : bahasa badan (mimik muka, kepala, tangan, mata)


LANGKAH-LANGKAH TERIMA MESEJ DENGAN LEBIH BERKESAN
  • Memberi perhatian kepada verbal & non-verbal yang digunakan oleh penyampai. 
  • ‚ Elakkan daripada gangguan persekitaran. 
  • Tumpukan perhatian kepada mesej yang ingin disampaikan. 
  • Kekalkan peranan sebagai pendengar & elakkan menyampuk sebelum mesej yang penuh disampaikan.

MEMAHAMI (UNDERSTANDING)
  • Peringkat yang membolehkan kita belajar memahami apa yang ingin disampaikan oleh pengucap.
  • Ekspresi muka dan emosi perlu dititikberatkan.

CARA-CARA MENINGKATKAN & MEMBAIKI MUTU PEMAHAMAN
  • Kaitkan maklumat yang baharu dengan apa yang sudah diketahui. 
  • Melihat mesej daripada pandangan pengucap dan jangan buat penilaian awal sebelum memahami mesej itu. 
  • Menanya soalan untuk maklumat tambahan jika jika perlu. 
  • Membina semula maklumat pengucap dalam ayat sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan